Tuesday 6 November 2012

Tips mudah untuk pregnant



Bismillah... As salam..

Saje nak kongsikan tips supaya mudah untuk hamil. Bukan ape, memang ade beberapa kawan yang bertanyakan saya, bagaimana caranya mudah untuk hamil (alamak...sy nampak subur sgt ke?haha..anak baru 2 je ok.. sampai ade yg tanya camne nak ngandung pulak ni..hihi :p)
Ok, tak salah rasanya sy kongsikan.. Lagipun, hampir semua pasangan yg dah berkahwin mengimpikan cahaya mata kan. Yg dah ade cahaya mata pun, nak tambah lagi umat Muhammad ni..InsyaAllah, semoga ramailah umat Muhammad, penegak agama Islam di zaman akan datang..

Gambar masa sy preggy 9 month 2nd child..gemuks n pewot besar x hengat! :p


Mungkin, boleh la cuba bg pasangan yg ingin menjadi Mummy n Daddy..~

1. Kurangkan stress...
Bila stress, ape pun tak kena.. Jadi tenang2kan lah fikiran. Positif thinking! Walau ape cabaran dan dugaan yg datang pun, harungi dengan tenang. Kalau tak boleh sangat, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Allah sentiasa membantu hamba yang sentiasa mengingatiNya.. Jadi, selalulah ingat kepadaNya..top up byk sikit dgn mengaji, berzikir, amalan sunat.. :)

2. Jangan merokok!
Para suami..sila jangan merokok! Isteri ade yg merokok jugak ke? NO NO NO ok!..
Pada yg tak merokok, jauhkanlah diri anda dari orang yg merokok yg x sedar2 diri lagi bila nak benti merokok. Tak sihat tau! orang sekeliling pun merana.. I hate smokers so much! boleh demam kalau duk seblah org tgh merokok ni..

3. Makan makanan yg berkhasiat :)
Bila makan makanan berkhasiat, kesihatan pun terjamin. Bila badan sihat, everything is normal. Tapi, zaman sekarang ni..byk sangat godaan makanan tak berkhasiat. Jd, fikir2kanlah.. mungkin pengambilan supplement yg sesuai dapat membantu mengekalkan badan yang sihat.

4. Ketahui kitaran haid anda..
Anda perlu tahu bagaimana corak kitaran haid anda. Bila waktu suburnya, jadi berusahalah time tgh2 subur itu..hahah. Tapi, bg mereka yg mempunyai masalah kitaran haid x tentu, atau masalah dalam rahim dan sebagainya, mungkin anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Sesetengah supplement juga boleh membantu utk memberi kesihatan dalaman, sekaligus membetulkan kitaran haid dan membantu untuk menyuburkan..

Untuk pasangan yg normal (xde masalah kesihatan dan xde perkara lain yg mghalang utk hamil), tidak mustahil utk anda mempunyai zuriat..Walau apepun, kita hanya mampu merancang, berusaha, dan berdoa..sesungguhnya Allah menentukan segalanya kerana Dia lebih tahu ape yg tebaik utk kita semua.

No comments:

Comments System