Tuesday 25 November 2014

Testimonial vs. Clinical Research

Kajian saintifik dan klinikal dah dijalankan oleh syarikat Shaklee lebih dari 30 tahun. Komitmen Shaklee dalam menjalankan penyelidikan saintifik dan klinikal telah membezakan produk Shaklee daripada produk-produk lain. 



Lebih 100 laporan saintifik, 90 daripadanya diterbitkan untuk journal saintifik bagi rujukan para saintis. Produk Shaklee sememangnya SELAMAT dan BERKESAN!

Pelagai penyelidikan saintifik dan kajian-kajian klinikal yang dijalankan ke atas produk Shaklee, antaranya:

Terbukti! Landmark Study menunjukkan yang pengguna suplemen Shaklee dalam jangka panjang telah memberikan tahap kesihatan yang lebih baik daripada  pengguna multi-vitamin lain ataupun daripada mereka yang tiada mengambil sebarang suplemen.

Terbukti! Vitalea membantu mengekalkan kesihatan kepada yang semakin berusia.

Terbukti! Shaklee Cinch Inchloss menyokong program penurunan berat badan yang efektif tanpa kehilangan jisim otot. (based on preliminary study and skin fold caliper measurements to estimate body and fat mass.)

Terbukti! Shaklee Cinch Shakles membantu senaman biasa untuk memiliki 25% lebih banyak otot dan kehilangan 50% lebih lemak badan. 
Terbukti! Shaklee Performance memberikan ketahanan kepada atlit penunggang basikal.

Terbukti! Shaklee Sustained Release Vita-C membekalkan vitamin C umpama 1 1/2 biji buah oren untuk setiap 1 jam, selama 5 jam.

Terbukti! Shaklee Nutriferon meningkatkan tindakbalas imun. 

Terbukti! Shaklee Fiber Plan membanti mengekalkan tahap serum kolestrol normal.

Terbukti! Ostematrix meningkatkan kadar kalsium dalam darah selama 12 jam. 
Dan banyak lagi hasil penyelidikan saintifik dan kajian klinikal lain. 

Produk Shaklee juga banyak testimonial dari pengguna Shaklee tentang pelbagai manfaat yang diperolehi. 

Testimoni hebat, ditambah pula dengan kajian-kajian klinikal yang Shaklee dah laburkan  untuk membuktikan ia selamat dan berkesan, SHAKLEE DIYAKINI HINGGA KE HARI INI.

Alhamdulillah.. ramai yang mula perihatin dengan kepentingan kesihatan. Ramai yang mendapat manfaat Shaklee. Anda sudah?

Monday 24 November 2014

Kurang Zinc?

As salammualaikum wbt..

Zinc merupakan salah satu elemen mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan. 
Tetapi, kita selalu ambil remeh tentang pengambilan sumber makanan yang membekalkan keperluan zinc dalam tubuh. Akibatnya, sistem tubuh badan mengalami pelbagai masalah kerana kekurangan zinc. Luka lambat sembuh, masalah kesuburan, masalah prostat, hilang berat badan dan selera, kerap jatuh sakit kerana imun rendah, masalah seksual, gangguan ovulasi, masalah kulit kuku dan rambut, lemah ingatan dan tumpuan serta banyak lagi.


Dari mana kita boleh dapatkan sumber zinc?
Antaranya dari sumber makanan yang tinggi kandungan zinc.




Dapatkan sumber yang berkualiti dan terbaik.
Anda juga boleh cuba dapatkan sumber zinc daripada makanan tambahan,
Zinc Complex Shaklee. Terbaik, selamat dan in shaa Allah memberi pelbagai manfaat. :)


Sesuai untuk lelaki mahupun wanita! :)

Berminat? Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. 

Zaimah Bakar
Shaklee ID: 889328
No. Fon: 017-226 9327
FB Page: Zaimah Bakar (Official)
PM/ inbox FB: [KLIK SINI]
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Friday 21 November 2014

Ruam lampin

As salammualaikum wbt..

Hai mommies yang ada baby kecil! :)

Nak share tentang ruam lampin. Sebelum tu nak belanja gambar baby saya, baby muhammad - 5 bulan.

Ceria je baby kan! :)

2 hari lepas baby Muhammad star macam nak kena ruam lampin. Sikit je pun, merah sikit dan macam ada bintik-bintik air tu. Baby Muhammad jarang kena ruam lampin setakat ni. Mungkin ni terjadi pun sebab diapers dia selalu penuh lately ni. Kat sini musim hujan, sejukkk je cuaca. Tu yang agaknya asyik nak terkencing-kencing. :p

Selain tukar diapers baby selalu, part yang nak start jadi ruam tu saya sapu dengan Cream Herbal Blend Shaklee. Alhamdulillah..lepas sapu, merah terus macam nampak susut lega. Sehari je ruam lampin dia. Tu pun tak melarat. Syukur... :) kekal ceria! :)

Saya yakin guna herbal blend untuk baby. So far tak pernah guna cream2 yang beli kat kedai atau farmasi untuk ruam lampin. Herbal Blend semulajadi, diyakini selamat. ;) 
Herbal blend multipurpose tau..serbaguna. Bukan untuk ruam lampin semata. Next time saya kongsikan lagi, in shaa Allah. 
Sori gambar gelap. Baby take a nap in the room. ;)

Kita ikhtiar, sesungguhnya Allah jua yang menyembuhkan. :)

Saturday 15 November 2014

Suka makan ikan tak?

As salammualaikum wbt..

Apa lauk kegemaran anda? 
Semua jenis makanan yang halal dimakan mempunyai kebaikkannya tersendiri. 

Tahukan anda?
Makan ikan juga mempunyai kelebihan lebih baik daripada udang, daging dan ayam kerana ia mengandungi kalori, lemak dan kolesterol rendah. Ikan juga sumber protin dan beberapa jenis vitamin dan mineral.

Jadi apakah nasihat terbaik yang perlu dipatuhi?? 
Makan lebih banyak ikan kerana ada asid lemak Omega 3 yang baik?
atau 
hadkan pengambilan ikan kerana risiko toksin seperti merkuri?

Ada sesetengah ikan terutama salmon, tuna dan herring juga tinggi dalam lemak asid Omega 3. Bagaimanapun, pengambilan ikan dalam diet juga berisiko. Ini disebabkan sesetengah ikan mengandungi bahan pencemar seperti merkuri, dioksida dan kimia. 

Kita juga boleh dapatkan Omega 3 dari makanan tambahan minyak ikan (fish oil). Pastikan pilihan anda selamat dan bebas dari bahan merbahaya. 
Fish oil shaklee - omegaguard ni mmg sah bebas dari bahan tercemar merkuri, toksik, plumbum dll! :) sbb ia bukan diperolehi dari hati ikan, dan ia melalui proses farmaseutikal dan penyulingan berteknologi tinggi! ;)

Rasai manfaat omega-3 dari omegaguard Shaklee. Amat berbeza! ❤️

#zaimahbakar 017-226 9327
-your trusted SHAKLEE Independent Distributor. :)

Tuesday 11 November 2014

Muffin French Vanilla Melt

As salammualaikum wbt...

Antara salah satu favourite aktiviti saya bersama anak-anak perempuan saya ialah 'baking'. Anak-anak memang suka kek, actually lebih suka pada rupa dan decorasi kek..hahaha.  Kalau beli kek, memang control sebab ia manisss.  Jadi bila buat, mesti saya control bahan-bahan, kurang gula, add on dengan bahan-bahan berkhasiat, guna bahan berkualiti dan yang penting, kebersihan. 

Hari ni, projek baking anak-anak saya - Muffin French Vanilla Melt. 


Memang patut uols cuba. Senang, cepat, mudah, berkhasiat. Saya cuma tolong siapkan sukatan bahan-bahan dan tolong bakar je. Yang lain anak-anak buat. 

Saya berikan resepinya (portion untuk 5 biji muffin saiz sederhana):

Bahan A 
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula (better guna brown sugar)
1 sudu kecil baking powder

Bahan B
1/4 cawan minyak masak (palm oil@sunflower oil)
1/4 cawan fresh milk
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur (dibuang tali pusat dan kacau sikit)

Bahan C (topping)
1 sudu besar Meal Shakes
Sedikit Air suam

1) campur rata bahan A dalam big bowl. 
2) campur bahan B dalam mangkuk lain.
3) tuang sikit2 bahan B dalam bahan A tadi sambil kacau dengan wisk. 
4) mix well dan masukkan dalam tray muffin 3/4 penuh. Tabur choc chips dan kekacang jika mahu.
5) bakar 180 darjah celcius, 15 minit (ikut oven masing ye, bakar hingga masak la)
6) bancuh pekat meal shakes. 
7) hidang, tuang topping meal shakes atas muffin. Taburkan sikit cinnamon powder di atas jika suka untuk menambah selera. ;)

Sedapp.. Rangup di luar, lembut di dalam. Melting dengan limpahan sos french vanilla. :)
Bagi anak-anak yang sukar untuk makan, atau peaky eater, mommies boleh la cuba. Mungkin jika anak-anak join buat aktiviti ni sama-sama, mereka lagi excited nak makan. 

 Meal Shakes jika membantu menaikkan selera bagi anak-anak yang hilang selera makan. 

 Meal Shakes juga bagus jika kanak-kanak mengalami masalah sembelit. 

 Meal Shakes membantu mengawal serangan asma pada kanak-kanak kerana melengkapkan multivitamin dan nutrien yang diperlukan. 

 Meal Shakes membantu meningkatkan immunisasi.

 Meal Shakes membantu mengawal masalah kulit dan eczema pada kanak-kanak. 

Dan banyak lagi manfaat dari Meal Shakes.

Selamat mencuba! 

Feel free to try this recipe, feel free to share, feel free to order the Meal Shakes.hihihi... :p

Kalau nak order, sms or whatsapp saya. :)
Zaimah Bakar 017-2269327
- your truly Shaklee Independent Distributor

Fish Oil Tercemar?

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Ada yang terbelit lidah nak sebut O-M-E-G-A-G-U-A-R-D?

Omegaguard ni adalah salah satu suppliment FISH OIL.  Fish oil brand shaklee ialah omegaguard.

Apa bestnya fish oil yang ni?

Antaranya utk kawal kolestrol, tingkatkan IQ, gout, asma, darah tinggi, kencing manis, stroke, bakar lemak, tingkatkan imun (batuk, demam, selsema, dll), mengelakkan radang kulit, mata, sakit sendi, dan banyak lagi.. Sesuai utk kanak-kanak sampailah yang berusia..

Pastikan fish oil pilihan anda tidak tercemar dgn merkuri, toksik dan lain-lain yang merbahaya!
Jika anda tanya saya,"brand xyz ni, ok tak fish oil nya?"
Saya tak pastilah..tapi apa yg saya pasti,...

Fish oil shaklee - omegaguard ni:
mmg sah BEBAS dari bahan tercemar merkuri, toksik, plumbum dll!  
sbb ia BUKAN diperolehi dari hati ikan
dan ia melalui proses farmaseutikal dan PENYULINGAN 3 KALI yang berteknologi tinggi!

Saya pilih omegaguard! Anda bagaimana?




Zaimah Bakar
Shaklee ID: 889328
No. Fon: 017-226 9327
FB Page: Zaimah Bakar (Official)
PM/ inbox FB: [KLIK SINI]
Email: zaimah.bakar@yahoo.com


Friday 7 November 2014

Pencuci Muka Nutriwhite yang BEST

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Kali ni nak share pengalaman menggunakan pencuci muka dari Shaklee, Nutriwhite. Bila dah guna, boleh la saya buat review Gentle Deep Cleansing Nutriwhite ni. 



Saya start guna pencuci muka Nutriwhite sejak Februari 2014. Sekarang dah 9 bulan! Ada lagi sikit-sikit...dan saya guna pun share dengan my hubby. :) Jimatttt sangat kan? 

Tiub besar..pakai sikit je dah memadai. Bersih! Pencuci muka Nutriwhite jenis foaming, bukan gel. Banyak buih. Jadi, memang rasa bersihhh lembut je lepas cuci. Ada orang kata yang banyak buih tu lagi buat kulit kering kan? Tapi Nutriwhite tak mengeringkan, malah buat kulit korang rasa lembab dan gebu je..gebu la sangat kan. haha..

Nutriwhite ni guna tumbuh-tumbuhan semulajadi sebagai bahan aktif. Takde bahan pengawet merbahaya tu, TIADA PARABEN. :)

Memang selamat... Saya start guna ni masa awal pregnancy. Masa tu jerawat memang berlumba-lumba naik kat muka. Jerawat kecil (jerawat pasir orang kata) yang besar gajah pun banyak. Padahal saya jenis susah nak naik jerawat sejak mengamalkan pengambilan vitamin C Shaklee dan beberapa suplemen Shaklee yang lain. Mungkin perubahan hormon mempengaruhi masalah jerawat. Selepas kurang dari seminggu saya gunakan pencuci Nutriwhite, jerawat mula kecut dan yang kecil-kecil pun semakin hilang. Alhamdulillah sangat! :) Masa pregnant kan kita kalau boleh elakkan penggunaan kosmetik dan sebarang yang mengandungi bahan kimia kan? Jadi, pakai Nutriwhite memang tak risau dah. Gerenti selamat tauu.. :)

Saya sangat happy bila gunakan Nutriwhite. Pencuci muka yang lain memang tak pandang dah. Free sample ke..stok lama ke, semua dah tak layan..haha. 

Dulu, muka saya kering di bahagian tepi-tepi hidung. Kadang tiba masa memang mengelupas sampai merah-merah bersisik. Tapi, selepas gunakan Nutriwhite, memang tak pernah langsung jadi macam tu semula.. Ya Allah...serius memang sangat bersyukur. Selama ni punya la serabut tengok kering-kering kat muka, sebab bila nak pakai bedak mesti kat bahagian kering tu nampak bercapuk dan lagi teruk. Actually saya bukan jenis nak pakai cream ke..foundation ke..bedak compact ke.. Tapi kadang-kadang ada juga tergerak nak pakai touch up sikit kalau ada majlis-majlis gitu kan..hahah. Sekarang ni memang tak pakai apa pun kalau keluar. Lebih selesa. Poket pun selamat tak payah nak beli mekap-mekap yang banyak.. :)

Tona kulit saya memang tak sekata. Sejak kecil lagi.. Semua tempat. Hidung, bawah mata.. Tapi lepas pakai Nutriwhite, rasa much much better! Ni baru start pakai pencuci je..Kalau pakai complete set Nutriwhite, mesti lagi besttttt kan? ;)

Parut? Haaa..kan saya cakap masa sebelum start guna Nutriwhite saya ada jerawat pasir dan jerawat GAJAH kan..haha. Mesti la ada parut! Iye..parut yang banyak. Tapi under control lagi. Maybe sebab saya consume ESP Shaklee, sel kulit muka cepat berganti yang baru. Dalam masa yang sama, pencuci ni juga membantu menanggalkan sel-sel kulit mati yang berparut tu. Yeay! alhamdulillah...

Kutil? Errr...lebihan kulit. Err..biji kolestrol. Apa lagi orang panggil ye? Saya ada tauuu..Wuwuwuwu...  Sejak umur semakin meningkat ni, semakin menjadi-jadi pula. Tu la, zaman dulu-dulu suka sangat makan kulit ayam! habis lemak terkumpul.. sekarang dah insapppp..
Yang bestnya, saya rasa ia tak bertambah lagi! Yang lama pun semakin tanggal.. EH? boleh tanggal ke?hahaha.. Saya kuis-kuis sikit je, tapi ia gugur. Wakakaka.. nangis gembira. Yang ni tak tau sebab Nutriwhite atau suplemen Shaklee yang mana satu. Tapi, selama seumur hidup, ia tak pernah tanggal sendiri okeh. SO, yang ni je pun saya sangat teruja... Alhamdulillah..syukur pada Allah. Sesungguhnya dengan izinNya jua.

Tahi lalat? Wahwahwah.. yang ni tak boleh buat apa. Kalau korang rajin nak kira tahi lalat saya, berpinau juga mata tu nanti..hakhakhak.. :D Well, its ok. Maybe genetik saya memang begini. 

Ok, sekian. Nanti saya bagi info detail tentang kandungan Nutriwhite. Memang best!
Ni dah tinggal sikit, rasa takmo tukar kepada pencuci muka yang lain.

Berminat, boleh Whatsapp saya. Zaimah Bakar 017-2269327.


Zaimah Bakar
Shaklee ID: 889328
No. Fon: 017-226 9327
FB Page: Zaimah Bakar (Official)
PM/ inbox FB: [KLIK SINI]
Email: zaimah.bakar@yahoo.com


Wednesday 5 November 2014

Kurangkan Serangan Asthma

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Asthma adalah penyakit kronik. Antaranya berpunca daripada persekitaran dan genetik. Kekejangan dan radang otot yang menyebabkan saluran penafasan bengkak dan sempit.



Meskipun ia tak dapat diubati, asthma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.





OmegaGuard yang mengandungi DHA + EPA dapat meredakan inflamasi dan radang. Maka ia boleh mengelakkan serangan asthma itu.

Berminat, sila whatsapp saya, 017-226 9327

Your truly Shaklee Independent Distributor,

Zaimah Bakar
Shaklee ID: 889328
No. Fon: 017-226 9327
FB Page: Zaimah Bakar (Official)
PM/ inbox FB: [KLIK SINI]
Email: zaimah.bakar@yahoo.com


Monday 3 November 2014

OmegaGuard - ibu hamil dan menyusu

As salammualaikum wbt... :) 

Omegaguard sesuai juga untuk ibu hamil dan menyusu. Kandungan DHA dan EPA nya sangat penting bagi perkembangan bayi yang sihat. Malah khasiat kepada ibu juga sangat bermanfaat. Ibu hamil memerlukan 300mg DHA setiap hari.


❤️ DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.
❤️ digalakkan diambil oleh ibu hamil bermula 5 minggu ke atas. 
❤️ DHA meningkatkan keupayaan ingatan, pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran.
❤️ ibu dapat khasiat, disalurkan juga khasiat kepada anak.

Berminat whatsapp saya, Zaimah Bakar 017-226 9327.


Sunday 2 November 2014

Resepi Homemade Ice Cream Meal Shakes



As salammualaikum wbt… :)

Last 2 days, saya ada buatkan anak-anak homemade ice cream special. Yang specialnya, ia flavor meal shakes Shaklee dan air tangan ibu tercinta..hihi.

Saya nak share resipi ringkas ice cream ni. Kalau uolls ada cukup bahan simple ni, dah boleh buat dah. 
Bahan-bahan:
3 sudu besar Meal Shakes *special French vanilla flavor
1 cup fresh milk
½ cup non-diary whipping cream
1 sudu besar sweetened creamer *tak letak pun takpe kalau whipping cream dah jenis manis.
1 sudu kecil ovallete *optional kalau nak terlebih gebu. Tak letak pun takpe sbb whipping cream pun dah gebus2..
Other flavor; oreo, cocoa powder, etc.

Cara-cara:
1. Campurkan fresh milk, whipping cream, susu pekat. Putar kelajuan tinggi hingga gebu.
2. Masukkan meal shakes. Putar kelajuan perlahan.
3. Jika nak letak crushed oreo dan cocoa powder atau sebarang perisa, silakan..
4. Masuk dalam bekas, simpan dalam freezer at least 4 hours.
5. Hidangkan..sedia untuk dimakan!



Kenapa saya letak Meal Shakes?
Sebab lazattttt sangat. Flavour French vanilla memang best! Sesuai sangat buat ais krim. Belum buat ais krim pun bau ais krim dah.
Ada customer saya yang belikan meal shakes untuk anaknya. Tapi anaknya kurang gemar minum susu yang dicampurkan meal shakes. Jadi, ini satu variasi yang ibu perlu cuba untuk tambah khasiat nutrient dalam pemakanan anak-anak. Nanti saya kongsikan cara-cara lain saya pelbagaikan untuk beri meal shakes pada anak-anak ye. In shaa Allah…
Meal Shakes terlalu banyak khasiat. Bukan setakat untuk kanak-kanak, malah juga yang dewasa mahupun tua. Antara manfaat meal shakes:

NUTRISI LENGKAP!
- mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH!
- kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.


MEMBANTU TUMBESARAN!
- mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar

ANTIOKSIDA!
- mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

MENGEMBALIKAN SERI WAJAH!
- mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi, kalium yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan komplesi wajah dan kulit yang lebih cantik.

DETOKSIFIKASI!
- kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

KELAZATAN RASA!
- minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

Bagus kan?
Berminat untuk cuba, boleh whatsapp saya untuk harga special. 017-2269327.

Comments System