Tuesday 19 February 2013

BAHAYA AIR MASAK pada BAYI 6 bulan ke bawah



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu di berikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan keburukannya..

Amalan ini telah di praktikkan sejak turun temurun di merata pelusuk dunia. Di Malaysia juga ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.

Tanpa ibu sedari pemberian air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi.

Antara lain, air merupakan salah satu anasir yang boleh:

1. Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. apabila perut bayi telah di penuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat di berikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. disamping itu kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran di kaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal

Menurut Pakar Laktasi dari Kanada Anne Kirkham pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang di serang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'Kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tak bermaya.

3. Mengancam nyawa.

Air boleh membawa kuman. ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak di titikberatkan. Pencemaran boleh berlaku dari sumber ynag tak selamat atau bekas air yang tak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang di hasilkan oleh susu ibu dan akan meyebabkan bayi kepada jangkitan.

4. Mengakibatkan Sawan tarik

Air sangat bahaya jika di berikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah,kembung atau sawan tarik. sindrom ni di panggil 'oral water intoxication'.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu di tambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.

Ada rakan yang bertanyakan.. "Jika baby yang diberi susu formula pun tak perlu diberi air masak ke? Kalau bancuh susu formula pun perlu gunakan air masak kan? Yang ni macam mana?"

Ok, jika baby terpaksa diberikan susu formula, susu memang sedia maklum perlu dibancuh dengan air masak yang bersih.
Ikut sukatan yang disyorkan dengan tepat. Ini dapat memastikan kuantiti air yang diperlukan oleh bayi sesuai dengannya.

Info dari Dr. Zubaidi:

"...ada kes bayi berumur 4 bulan mengalami sawan seterusnya koma apabila ibu yang menjaga bayi itu memberikan terlalu banyak air kepada bayi dalam bancuhan susu formula.
Apa yang berlaku ialah ibu bayi adalah seorang ibu tunggal yang kesempitan hidup, lalu cuba mencairkan susu formula yang diberikan dengan lebih banyak air dari kadar sukatan yang sepatutnya.
Setelah diberikan beberapa hari, bayi itu menunjukkan perubahan yang tidak baik seperti yidak aktif, menangis dengan suara perlahan dan selalu tidur. Tidak lama selepas itu bayi itu mengalami sawan dan megelurakan buih pada mulutnya. Apabila dibawa ke hospital, bayi itu sudah tidak sedarkan diri dan koma."



Jadi, berilah yang terbaik kepada anak-anak anda. Bayi kecil belum mampu berkata-kata jika ia tak gembira, tidak selesa atau sakit. Hanya tangisan yang kita dengar. Fahamilah keperluan si kecil anda.. :)










Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

No comments:

Comments System