Saturday 30 March 2013

Bercuti..bisness tetap ON! :)

Bismillah.. As salam..

Hujung minggu ni apa program anda? Saya? Bercuti di Langkawi bersama keluarga. Sambil menemankan suami nak tengok LIMA'13 hari terakhir. "it's too late to be ambition, but never to late to see at the exibition.." :p

Walaupun saya bercuti, anda masih boleh membuat order shaklee dengan saya seperti biasa ya! ;) ni yang bestnya bisnes shaklee.. Walau di mana saya berada, order anda dapat juga diproses seperti biasa. Yang penting, di mana anda berada untuk received parcel dari encik posmen nanti. :)

Betul-betul tak membebankan bosnes shaklee ni. Dah la modal rendah. Rm85 je tau! Malahan, mungkin anda boleh dapat yang free membership. Nak uruskan pun senang. Ilmu?? Ye betul..nak berbisnes perlu ada ilmu la.. Bukan ilmu2 hitam yerrr! No..no. :p ilmu perniagaan, ilmu produk, dan ilmu2 kebaikan yg lain. Kat mana nak dapat ilmu? Ohh..jangan risau. Ilmu di mana2. Orang berilmu sentiasa di sisi..kawan2, buku2 ilmiah, encik google, jurnal2 dan macam2 lagi. Cari gali je..hihi. Nak mudah lagi? In shaa Allah saya akan guide anda sebaik mungkin bagi yang inginkan bantuan. Mari sama2 berbisnesd shaklee dengan saya, dengan kami. Rugi tak join group shaklee kami..macam mana nak join? Meh, contact saya nanti saya explain. :)

Nak selit sikit tentang travel. Benda harus dibawa, suplemen! Ya..betul! Untuk maintain cergas dan sihat. Barulah dapat menikmati percutian kan. Kalau sakit2 tak best lah! ;p
Jom tengok travel suplemen kit saya..shaklee pillbox! :) menarik kan? Macam2 adaaa.. Ok, nanti sambung storie morie lagi.. Wslm. :)


Thursday 28 March 2013

Baby comel, sihat, sempurna.. ;)

Bismillah.. As salam.. :)

Siapa taknak lahirkan anak yang comel, yang sihat, yang sempurna kan? Bersyukur atas anugerah yang dikurniakan Allah.. Berusaha yang terbaik itu sangat perlu.

Kali ni, saya nak kongsikan pengalaman seorang ibu yang sebelum ni pernah hamil tanpa suplemen Shaklee dan untuk lahirnya baby terkini dengan pengalaman beliau mengamalkan suplemen Shaklee pula..jemput baca testimoni bergambar. :)

Untuk sebarang pertanyaan, keterangan lebih lanjut atau order, boleh terus hubungi saya, Zaimah Bakar. PM SMS CALL WHATSAPP 017-226 9327. ;)



"Saya baru bersalin anak ke-3... Seorang Princess yg sgt adorable..... Teringin nak berkongsi testimoni saya selepas merasai perbezaan pengalaman hamil tanpa vitamin shaklee utk 2 anak saya sebelum ini dan selepas hamil anak ke-3 dgn vitamin shaklee utk kehamilan..

Spjg preggy saya ambil vitalea, vit C, B Complex, Omega Guard dan Ostematrix since saya mmg x suka minum susu... Saya lebih bertenaga, tiada rasa loya, lebih cergas dan kulit saya semakin cantik tanpa pigmentation. Sampai la kesaat melahirkan.. Saya masih rasa sihat dan bertenaga.. Sehinggakan proses bersalin kali ni... sgt mudah dan cepat... Kalau sebelum ni, selepas keluar tanda..sakit kontraksi memakan masa 2 hari dgn bukaan serviks baru 2cm.. Tapi kali ini.. Sakit kontraksi berlaku sgt sekejap.. Sejurus smpai ke hospital.. Doc cek bukaan serviks dah 7cm.. Diusung terus ke Labour Room.. Sedang nurse & Doc buat persiapan utk sambut baby.. Saya terus saya nk meneran.. Doc cuba cek bukaan serviks.. Mmg dh 10cm.. Dgn 2X push je.. Sy selamat melahirkan baby girl yg sgt comel.. kulit baby sgt halus mulus... putih merah.. Doc pun puji.. uri cantik, luka perinium sgt minimal dan proses jahitan sgt mudah... 

Baby pun sgt baik....disbbkan susu badan saya dh mula mengalir sejurus melahirkan... baby terus tido kekenyangan..." - Anna Eddy


Zaimah Bakar 017-2269327
Shaklee Independent Distributor

Friday 15 March 2013

Herbal Blend membantu mengatasi Ekzema dan kulit bermasalah



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Sebelum ni, saya ada update post tentang penggunaan Herbal Blend multipurpose cream pada masalah gatal-gatal anak saya sendiri, Aleesya (berumur 3 tahun) [klik sini untuk baca post ni]. Saya juga ada mengatakan ingin cuba pada masalah eczema adiknya, Aneesa (1 tahun 6 bulan). Sebenarnya, saya dah gunakan pada eczema Aneesa, tapi belum sempat nak menulis entry panjang di blog. Saya hanya update di facebook personal dan page Zaimah Bakar (Official) saja.

Ok, mungkin ada rakan-rakan dah tengok sendiri status update saya tentang masalah eczema Aneesa dan selepas saya menggunakan multipurpose cream Herbal Blend ni. Alhamdulillah, syukur kerana saya jumpa penawarnya yang betul-betul memuaskan hati.

Saya cerita secara ringkas tentang masalah eczema yang dihidapi oleh Aneesa ye.

Aneesa mempunyai alahan atau eczema pada kulit belakang badannya. Eczemanya tidak kritikal. Tetapi, kulit di bahagian itu sentiasa kering. Ada kalanya jika ada yang tak kena (cuaca panas, jenis kain pakaian yang tidak sesuai, alahan makanan, persekitaran kurang bersih, berpeluh, dan lain-lain) ia boleh menyebabkan kulit di kawasan tu merah menyala, dan kemudiannya bersisik kasar. Kadang kala terkopek dan mulalah berdarah sedikit. Tak boleh dibiarkan, takut infection nanti lain pula jadinya.
Jadi, bila masalah ini berlaku jika rujuk doktor biasanya doktor akan berikan cream steroid base. Siapa pernah dengar tentang keburukan krim steroid ni? Saya rasa akan ceritakan panjang lebar tentang pengalaman anak saya yang pertama dengan krim steroid ni. Ye betul, kesan sampingan yang mendukacitakan.. Jadi, saya mengambil keputusan, adiknya Aneesa ni saya nak guna sabun syampu dan segala krim ubatan yang natural/sumber semulajadi sahaja, yang bebas steroid. Beratus habisan juga, masatu belum tau yang Shaklee ada produk yang boleh membantu eczema. Antara produk yang saya gunakan ialah Mog**. Sabun dan syampu, lotion, krim bagai..fuh! kesat peluh membeli.. Macam mana pula hasilnya? Ok, eczema Aneesa masih on off. Tapi masih ok jika dibandingkan dengan kes kakaknya, Aleesya dulu. Baguslah Mog** ni sebab natural. Nak tak nak tubuh badan Aneesa melindungi diri sendiri dan tak bergatung pada steroid. Tapi...fuh! kesat peluh lagi..hihi. Macam lama je nak harung rasanya.
Hinggalah saya berjumpa dengan Shaklee. Masa tu ambil set breastfeeding sebab masih full breastfeedingkan Aneesa. Jadi, hasil google saya dapati mealshake dapat membantu eczema. Memandangkan saya masih menyusukan, jadi saya ambil la mealshake juga agar Aneesa dapat khasiatnya melalui susu ibu nanti.
Alhamdulillah..kesan positif. Nampaknya banyak berkurangan masalah eczema daripada dulu-dulu. Tapi masih ada kadang kala sahaja.
Bila dah jadi ahli Shaklee, saya terdedah dengan banyak info semua produk Shalee, ditambah dengan kajian, juga pengalaman rakan-rakan yang menggunakan Shaklee. Jadi, saya rasa Herbal Blend ni mungkin dapat digunakan untuk masalah eczema Aneesa. Ok... tak main la rasa-rasa, dengar-dengar kata orang je kan..hihi. Jadi, saya memang gunakan juga Herbal Blend pada kawasan eczema Aneesa.
ALHAMDULILLAH..syukur. Saya amat terkejut, dalam masa 3 hari kulit Aneesa macam tiada apa-apa pernah berlaku di situ. Sebelum ni tak pernah jadi lembut seperti kulit biasa. Ya Allah, dengan izinMu eczema Aneesa dah pulih. Syukurrrrr...jumpa dengan produk yang serasi dan sesuai.



Betul..hanya 3 hari je saya gunakan. Sampai ke hari ini eczema Aneesa tak pernah muncul lagi. Jadi krim herbal blend ni saya guna pelbagai lah sekarang ni, sapu kat siku lutut..lembut je.. saya pun tumpang sekaki..hikhik. ;p Jadikan ruam lampin pun amatlah berkesan. :) Psst..saya pernah sapu pada jerawat, cepat je masak dan mengecut.hahah..eksperimen berjaya. Alhamdulillah..

Jika anda berminat, boleh hubungi saya, Zaimah Bakar 017-2269327.
PM SMS CALL WHATSAPP EMAIL sentiasa dialu-alulam



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Mengurangkan PMS (Pre-Menstrual Syndrome) dengan kalsium?



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥


PMS (Pre-Menstrual Syndrome)


Buat kaum ibu mahupun wanita, anda pernah alami masalah PMS? Senggugut, perut sebu, sakit belakang, letih dan lesu, mood tidak stabil dan pelbagai lagi.

Buat kaum bapa, anda pernah melihat isteri kesayangan anda berkeadaan begitu?



Maka, tahukah anda?

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kekurangan kasium dan vitamin D terdedah kepada gejala PMS ini. Dikatakan bahawa susu boleh membantu mengatasi masalah ini. Tetapi tidak semua orang sukakan susu kerana pelbagai faktor.
Oleh itu, saya ada jalan penyelesaian mudah buat anda.

OsteMatrix Shaklee telah menyediakan untuk anda supplement kalsium yang dilengkapi dengan vitamin D beserta magnesium dan mineral-mineral lain yang lengkap bagi membatu masalah PMS anda. Hanya 4 tablet sehari bagi memenuhi keperluan tubuh badan anda. Bukan sahaja dapat membantu masalah PMS malah terbukti membantu menguat dan memampatkan tulang agar terhindar daripada osteoporosis.


Hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa untuk Ostematrix yang semestinya istimewa ini! 

Promosi Mac 2013: Beli 6 Percuma 1 Ostematrix! Harga terendah, berbaloi-baloi!

Dapatkan Ostematrix segera sebelum masalah berlarutan...~ :)



PM SMS CALL WHATSAPP EMAIL:



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Wednesday 13 March 2013

Shaklee Distributor Bertauliah?

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Pada 2hb Mac, saya berpeluang menghadiri Shaklee Product Workshop yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia. Alhamdulillah, terlalu banyak ilmu, pengalaman, info dan cas-cas positif meresap ke dalam jiwa. ;)

Banyak yang saya ingin kongsikan dengan anda. Sijil, Live Testimoni, Product Presentation, pengalaman nutritionist, maklumat extravaganza tentang produk A-Z, makan-makan (hihi..yang ni tak tersenarai :p)  Saya akan ceritakan part by part dikala kelapangan, in shaa Allah.

Salah satunya, saya dah dapat sijil. Bak kata nutritionist Shaklee yang betul-betul bertauliah (Celine), kami yang hadir ni dah boleh digelar "Half Nutritionist".. :)

Ini bukan bermakna distributor Shaklee yang belum ada sijil tu tak bertauliah, tapi bagi yang berpeluang hadir ke product workshop ni, mempunyai kelebihan dan ada la extra info yang bermanfaat, in shaa Allah. (teringat zaman sekolah dulu-dulu, pun bukan main nak collect sijil kan.. ;p)

Graduated! :) Anda boleh terus hubungi saya segala berkenaan dengan shaklee, nak order ataupun ingin memulakan perniagaan dengan Shaklee ni. Saya sedia membantu.. :)


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

OsteMatrix antara sumber kalsium terbaik



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥



Sumber kalsium terbaik apabila kandungannya seimbang agar dapat memastikan kadar penyerapannya tidak kurang dari 99%. Ostematrix?? Ya..tepat sekali! Formulanya unik, dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi KALSIUM, MAGNESIUM, FOSFORUS, VITAMIN D, ZINK, KUPRUM, MANGANES dan BORON. Banyak kan? Semua nutrien tersenarai ni memang sepatutnya diambil bersama agar penyerapan yang baik dalam tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral (mesti khuatir jika berlaku endapan kalsium dalam tubuh kan..lain pula kesan buruknya. Contohnya batu karang!Tapi dengan kalsium Ostematrix shaklee, memang tak perlu risauuu! :))

Kajian telah membuktikan kalsium dapat meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. (setiap hari, wanita kehilangan kalsium lebih banyak dari lelaki.. Oleh sebab itu, ketumpatan tulang wanita lebih rendah..hihi. Sebab tu agaknya wanita lebih lemah dan kurang gagah dari lelaki. :p)

Apakah manfaat utama OsteMatrix?

1) Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/ kekejangan, gusi berdarah dan erasing darah yang memekat.

2) Memperbaiki kekejangan dan kebas - Pengambilan 600mg calcium sebelumtidur akin memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

3) Meringankan stress - kalsium membantu mengimbangi tekanan darah. Ia memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

3) Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg calcium dan magnesium serentak dapat meringankan senggugut dan membantu melancarkan pembuangan air kecil.

4) Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Kalsium juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.Tambahan pula, calcium membantu sel menyerap nutrien dan erasing detoksifikasi.

5) Memperbaiki hyperaktiviti perut dan sakit gastrik.

6) Vitamin D - mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Ia juga sangat penting kepada vegetarian, yang kurang terdedah kepada cahaya matahari, berusia melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak.

7) Magnesium - Ini adalah iron positif no. 2 terpenting dalam tubuh. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ia juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

8) Zink, Boron, Manganes, Kuprum - Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan arthritis.

Bagaimana memilih Suplemen Kalsium terbaik?
* Pilih produk yang ada VITAMIN D dan MAGNESIUM.
* Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
* Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses mineral.

Ostematrix dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Kandungannya lengkap dengan segala mineral dan vitamin yang diperlukan untuk diambil bersama dengan kalsium. Sebiji Ostematrix, mengandungi pelbagai manfaat. Tak perlu susah-susah beli dan telan asing-asing setiap suplemen KALSIUM, MAGNESIUM, FOSFORUS, VITAMIN D, ZINK, KUPRUM, MANGANES dan BORON, semua lengkap dalam satu botol Ostematrix! :)

Berminat? Hubungi saya untuk dapatkan Ostematrix anda dengan harga paling istimewa.



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Friday 8 March 2013

Alhamdulillah..dah pregnant!

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Anugerah yang paling indah bagi pasangan suami isteri ialah bila dikurniakan cahaya mata.. :)
Kali ni saya nak kongsikan pengalaman indah. Alhamdulillah...dah hamil. (^_^)

Saya ke? Eh..eh..belum lagi. Tapi kalau dah rezeki, alhamdulillah juga..hikhik.
Nak kongsi kegembiraan salah seorang customer atau lebih selesa saya panggil rakan (walau tak pernah jumpa, tapi saya rasa sangat selesa berkawan dengan dia..awak selesa tak?hihi.. :p)
We started as stranger..Allah pertemukan kami dengan perkenalkan Shaklee pada diri rakan saya ni.
Rakan saya dalam usaha TTC (trying to conceive). Pernah misscariage.. Jadi, menantikan kehadiran anak sulung pasti mendebarkan.

Saya telah beri cadangan beberapa produk Shaklee yang dapat menyokong kesihatannya memandangkan rakan saya baru sahaja mengalami keguguran. Jadi, baik pulih dalaman amat penting supaya ia tidak berulang dan potensi peluang untuk hamil lebih tinggi. In shaa Allah saya akan beri cadangan terbaik mengikut keperluan dan kesesuian.. Konsultasi atau guide yang diperlukan juga saya di sini sedia membantu.. :)

Dan..Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana rakan saya dikhabarkan dengan berita gembira! :)
Semoga kandungan awak (u know who u are) sentiasa dipelihara, sihat, dan selamat. Juga kepada awak..semoga awak sentiasa sihat dan jaga diri baik-baik ye..kalau perlukan apa-apa bantuan, boleh hubungi saya.. -eh, awak baca ke blog saya ni??hihi... :p

Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk customers2, rakan2, sahabat handai in shaa Allah. Agar anda yang mengamalkan Shaklee ni mendapat segala kebaikan dan keistimewaan darinya.. :)



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com



Friday 1 March 2013

Promosi MAC 2013: Ostematrix..Bukan sekadar Kalsium!



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Alhamdulillah.. Hari Jumaat yang tenang dan cuaca pun cerah. Bulan baru, Mac 2013.. Bermulanya "new cycle" bagi rakan rakan seperjuangan SID. :)

Dan...Promosi baru untuk bulan Mac - OSTEMATRIX! :)

"RM0.00 Shaklee: 
March2013 Product Promotion - OsteMatrix (Buy 6 Free 1). 
DN294 (WM) / DN312 (EM) / UV96. 
Place your order now!"

Jadi..apa tunggu lagi? Jom Order dengan saya untuk harga istimewa.. :)
PM SMS CALL WHATSAPP 017-226 9327


Jemput baca apa apa yang berkaitan Ostematrix, KLIK SINI.
Saya akan update lagi tentang ostematrix nanti ye..stay tuned! :)



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Comments System