Thursday 25 April 2013

NF buat saya LEGA ke LEGOland!

Bismillah.. As salam.. :)

Bercuti je saya ye? Biasalah, bila kerja business sendiri di hujung jari ni, bercuti tidak menjadi masalah (tapi kena tunggu kelapangan ahli keluarga yang lain la jugak..haha. Bila diorang ON untuk berjalan, saya memang sentiasa ON! :p) Wee..serius, saya sayang business Shaklee saya! :)

Kembali cerita tentang percutian di Legoland. Sehari sebelum pergi, saya memang dah dapat simptom simptom nak demam selsema. Hidung meleleh, badan sengal seram sejuk, kepala keneneng.. Memang takde mood nak pergi bercuti kalau dalam keadaan macam tu kan? Mujurlah saya memang standby NutriFeron. Cepat cepat saya telan 1 stick sachet. Takde hati nak ambil panadul atau pain killer dah. Tawakal harap demam selsema tak melarat hingga ke esok hari sebab nak pergi legoland kan.. :p

Saya ambil NutriFeron (NF) tu petang sabtu. Memang sahut cabaran last minute nak heal the simptom kan.hihi.. Dalam info, NF menguatkan imun dalam masa 3 hari. ;)
Alhamdulillah, malam tu rasa lega..kepala pun rasa ringan. Badan pun selesa..tidur lena, esok hari dah bangun awal pagi nak gerak ke JB. :) cepat rasa keberkesanan NF. Saya pun memang jaga pemakanan dan makan suplemen shaklee yang lain setiap hari. (masa simptom tu, saya telan 1 biji chew vita c setiap 3 jam ok..sbb nak redakan selsema. And its works! Chew vita c mmg sedap..masam2 lemon, manis2 buah. Sedap utk tekak yg tengah takde selera time tak sihat tu.. ;p)

Jadi, kesimpulannya.. Really recommended, semua orang perlu standby NutriFeron! Hihi.. Jom order order. ;)

Ok, nnt cerita lagiii..
Wslm..

Zaimah Bakar, 017-2269327

P/s: Promosi NitriFeron harga hebat! 1-30 April 2013.. Hubungi saya untuk tahu lebih lanjut. :)





Wednesday 10 April 2013

Haid tidak teratur?

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Adakah anda mengalami masalah period tak teratur? Pening nak tentukan waktu subur berikutan period dah macam iklan Chipsmore? Lazimnya, masalah period tak teratur ini berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Selain itu, stress, masalah berat badan berlebihan, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan keletihan melampau juga turut mempengaruhi kitaran haid seseorang wanita.

Oleh yang demikian, bagaimana masalah ini dapat diatasi? Sudah tentu dengan pengambilan GLA Complex. GLA Complex Shaklee mempunyai banyak fungsi dan tidak terhad pengambilannya untuk wanita sahaja. Bahkan lelaki dan kanak-kanak juga boleh mengamalkannya.

Antara kebaikan GLA Complex adalah:
♥ menyeimbangkan hormon
♥ mengatur semula kitara haid
♥ membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita
♥ mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS dan senggugut
♥ mengurangkan simptom-simptom menapous seperti hot flushes, depresi, insomnia
♥ mencantikkan kulit
♥ membantu menangani masalah eczema dan inflamasi kulit
♥ menghalang komplikasi diabetes dengan menurunkan paras gula
♥ membantu mendapatkan berat badan ideal
♥ mengawal masalah tekanan darah tinggi
♥ baik untuk fungsi saraf

Berminat, sila hubungi saya untuk dapatkan tawaran istimewa. :)
PM SMS CALL WHATSAPP



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Tuesday 9 April 2013

Jom ambil tahu GMO atau Non-GMO Product



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

APAKAH MAKSUD NON-GMO PRODUCTS ?

Sedar atau tidak, hampir 70% makanan yang kita makan hari ini mengandungi organisma terubahsuai genetik (GMO). Yang paling biasa ialah sirap jagung, makanan berasaskan soya, beras, bijirin sarapan, kudap-kudap atau snek, biskut kraker, miuman soda, susu tin, minyak masakan malah dalam daging dari haiwan ternakan. Jangan fikir kita tinggal di Malaysia selamat dari makanan GMO. Kini ia telah mula dipraktikkan secara besar-besaran oleh pengusaha-pengusaha tanaman dan juga penternak haiwan.

Ia sebenarnya tidak mengejutkan kerana teknologi kejuruteraan genetik dikatakan mampu bertahan terhadap ancaman serangga perosak, kemarau dan lain-lain. Ia juga dikatakan meningkatkan produktiviti tanaman oleh itu menjana lebih keuntungan.

Tapi adakah ia selamat untuk dimakan? Menurut pandangan pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat, ia selamat dimakan, tahan terhadap penyakit dan menyediakan keperluan yang mencukupi untuk populasi dunia.

Manakala menurut Kesatuan Eropah (EU), mereka menolak makanan GMO. Risiko makanan GMO lebih tinggi dari faedah kesihatan. Hanya syarikat bioteknologi yang mendapat faedah dengan menjana keuntungan berlipat ganda, mendominasi pasaran makanan dunia dan menindas petani dan peladang kecil-kecilan.

Menurut Pengarah Kebangsaan Pertubuhan Pengguna Organik, Ronnie Cummins, tiada saintis yang benar-benar serius dalam dunia yang sanggup mempertahankan teknologi bio selain mereka dibayar oleh syarikat bioteknologi untuk memperkenalkan paten hakcipta terhadap benih atau teknologi yang dihasilkan. Menurutnya lagi, 3 perkataan yang boleh menerangkan keadaan makanan GMO iaitu tidak boleh dijangka, tidak pernah diuji dan ia tidak dilabel (tidak memaklumkan kepada pengguna).

Kesan buruk yang paling banyak dilaporkan dari pemakanan GMO ialah allergik. Pencemaran juga adalah risiko dalam kaedah penanaman GMO. Penyebaran benih secara tidak sengaja boleh mengancam benih asal dan sekali ia tersebar adalah sukar untuk mengawal ke mana ia akan pergi.

Pengguna sepatutnya diberitahu tentang penggunaan GMO dalam makanan yang mereka makan melalui label pada pek atau bungkusan. Buat masa ini, syarikat pengeluar makanan tidak disyaratkan melabelkan GMO pada produk mereka. Syarikat-syarikat ini juga menghalang usaha untuk menguatkuasakan peraturan pelabelan GMO. Jika produk GMO begitu baik dan memberi faedah, mengapa ia tidak mahu dilabelkan? Sebaliknya mengapa pula pengeluar makanan asli dan organik mengambil langkah bertentangan dengan meletakkan label NON-GMO atau 'TIADA GMO' pada bungkusan mereka.

Ini memberi makna bahawa ada sesuatu yang terselindung di sebalik semua ini. Salah satu sebab mereka tidak mahu meletakkan label GMO ialah kerana mereka tidak mahu mengambil risiko pengguna akan menjauhkan diri dari produk mereka memandangkan ia telah diharamkan di Eropah.

Jadilah pengguna yang bijak. Membeli sesuatu produk lebih baik jika anda mempunyai ilmu sebagai rujukan. Harap info yang saya kongsikan ini bermanfaat. :)

P/s: produk shaklee semestinya dijamin non-GMO! Gunakan tanpa was-was.. ;)


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Monday 8 April 2013

Berapa Umur Badan Anda?

Bismillah..as salammualaikum.. :)

Siapa pernah check Body Composition Analysis (BCA)? Biasanya kita check BMI je kan, yg tengok berat dan tinggi sama ada berat ideal (normal), underweight atau overweight.

Bulan Mac 2013 lepas, semasa saya menghadiri workshop saya mengambil kesempatan check Body Composition Analysis tu. Sangat menarik! Dapat tengok anggaran komposisi badan kita, semua bahagian adakah sesuai, atau mana yang terlebih terkuarang. Maksudnya dapat tengok anggaran peratusan banyak mana lemak kita kat bahagian badan, kaki tangan, otot dan lain2.

Yang paling menarik, kita dapat tengok umur badan kita! (body age). Ia memang anggaran, tetapi peratusan tu menunjukkan keadaan badan kita yg tertanggung selama ni. Ye la, macam macam kita makan, terbeban tubuh badan, tiada penjagaan, tak bersenam, terdedah kepada bahan berbahaya (kimia, asap rokok, pencemaran dll)...kasihan badan kita sebenarnya.

Ok, saya nak kongsikan keputusan BCA saya pada bulan Mac 2013.



Jeng..jeng..jeng.. kurang jelas?
Saya zoom lagi.

Body Age saya 18 tahun! Weee... :) umur sebenar ialah 27 tahun!
Tapi, untuk lebih sihat, saya perlu naikkan berat supaya tak underweight dan lebih ideal. ;) Bulan ni saya berjaya naikkan 1 kilo..yeay! Saya ambil Meal shakes, B complex, Vitalea. Tapi untuk gain weight, cara pengambilan yang sesuai perlu dipatuhi..tak susah pun. Nanti saya akan kongsikan di lain entry, in shaa Allah.

Jadi, jika anda berpeluang check BCA, cuba lihat umur badan anda ye.. Buat keputusan yang bijak untuk maintain kesihatan tubuh badan anda. 

Macam mana rupa analyzer BCA tu? Ni salah satunya.. 


Memang bagus. Nanti anda cubalah.. :)


Jumpa lagi di lain entry..wslm ;)

Friday 5 April 2013

Nutriferon Sebagai Imun Booster! :)

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Di dalam badan kita ada sistem perlindungan yang sangat menakjubkan, ia dikenali sebagai sistem imun. Sistem Imun dicipta untuk melindungi kita dari berjuta-juta bakteria, mikrob, virus, toksin dan parasit yang sentiasa menyerang tubuh kita. Sistem imun adalah sesuatu yang kompleks, sangat rumit, dan menakjubkan. Mengetahui cara untuk memastikannya seimbang adalah kunci kepada pemulihan kesihatan. Sistem imun adalah sangat penting dalam usaha untuk menggalakkan kesihatan yang baik.

Antara faktor yang melemahkan sistem imun adalah stress, rehat yang tidak mencukupi, pemakanan yang tak seimbang, cara hidup tidak sihat (merokok, alkohol, dadah, dll), kolestrol tinggi, pencemaran (logam berat secara tidak sengaja seperti plumbum, merkuri dalam makanan seafood dll), makanan ringan berlebihan, bahan kimia (racun perosak dll), dan banyak lagi.



Bagi mengekalkan sistem imun yang seimbang, kita harus mengelakkan faktor faktor yang menjadi punca melemahkan imun. Tidak lupa kita perlu bersenam juga. :) Salah satu peluang anda untuk meningkatkan imun ialah dengan pengambilan imun booster - NUTRIFERON Shaklee.

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.

Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.






Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!
Pemakanan tambahan NutriFeron yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:

• Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
• Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
• Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
• Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?

  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  6. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron.
Berminat, boleh terus hubungi saya, Zaimah Bakar.
PM SMS CALL WHATSAPP 017-2269327

p/s: Promosi April - Nutriferon. Buy 6 Free 1, dari 1-30 April 2013.





Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Comments System