Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Saturday, 14 September 2019

Tindakan Semasa Jerebu

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Tak puas pandang luar rumah, rasa kabur je.
Jerebu!
Jauh debu-debu halus ni merantau. Dari Sumatera merentasi Selat Melaka!

Nak bernafas pun tak puas, menyeksakan. Mula muncul simptom-simptom kurang sihat. :(
Sakit tekak, dada, batuk-batuk, selsema dan macam-macam.
Particle jerebu sangat kecil, mudah sangat masuk dalam paru-paru.
Entah apa yang ada dalam particle jerebu ni?
Sampai kesihatan pun boleh terjejas...

Banyak aktiviti luar tergendala. Kesihatan perlu diutamakan.
Kanak-kanak dan terutamanya di kalangan yang mempunyai antibodi rendah, jangan bagi main-main di luar sementara waktu ni.



Antara yang kita boleh usaha dikala musim jerebu ni:

1) Kurangkan aktiviti di luar rumah dan cuba berada di dalam bangunan.

2) Pakai penutup muka (Face Mask) yang sesuai seperti P100 dan N95 jika keluar rumah.

3) Banyakkan minum air kosong.

4) Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih mode 'kitaran udara dalaman'.

5) Cuci muka dan tangan dengan air bersih dan sabun setelah melakukan aktiviti luar.

6) Pastikan udara di dalam rumah/ bangunan sentiasa bersih.
Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
Sangat bagus jika ada air purifier - HEPA type filter.



Amat digalakkan amalkan superfoods (seperti kismis, kurma atau buah-buahan kering, sayur-sayuran, bijirin, madu, buah-buahan sitrus, bawang putih dan halia serta macam-macam lagi).
Gambar bawah ni antara contoh superfoods yang membantu tingkatkan immuniti badan.


Makanan tambahan (supplements) Shaklee juga dapat membantu sebagai immune boosters.
Antaranya:

1. Vitamin C
Ada pilihan Sustained Release Vita-C Plus, mahupun Chewable Vita-C yang sesuai untuk kanak-kanak.
Vitamin C penting untuk membantu menguatkan immune badan, mengurangkan simptom selsema dan membuang toksik dalam badan ketika jerebu.


2. Performance Drink
Air perlu cukup terutamanya ketika musim jerebu ni.
Minuman isotonik terbaik dari Shaklee ni dapat mengelakkan dehidrasi/ kehilangan air dalam badan.


3. NutriFeron.
NF fokus untuk immunity, ia menggalakkan penghasilan interferon secara semulajadi dalam badan.
Interferon penting sebagai pertahanan dalam badan terhadap infeksi virus sebelum imun badan kita beri spesifik respon pada infeksi tersebut (macam 'perisai' sebelum badan kita nak lawan virus tu).

Kita sama-sama doa juga agar hujan turun dalam waktu terdekat ni agar udara kembali bersih. 
In shaa Allah, Aamiiin.. 

Moga jerebu cepat-cepat hilang dan kita semua kekal sihat! ๐Ÿ˜Š

Berminat untuk order dan pertanyaan lanjut tentang Shaklee, boleh terus whatsApp Ima. ๐Ÿ˜‰
In shaa Allah Ima sedia berikan guide serta consultation terbaik untuk anda. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’•

SID Zaimah Bakar
[889328]
๐Ÿ“ŒWhatsApp ke 017-226 9327, atau,
๐Ÿ“ŒComment DM/ PM, atau
๐Ÿ“Œ PM/ inbox FB: [KLIK SINI]
๐Ÿ“ŒKlik WhatsApp direct link:
 (IG, link di bio. ๐Ÿ˜‰)

Saturday, 7 February 2015

Minum SUSU, tapi masih KEJANG!

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Ibu hamil selalu dinasihatkan minum susu supaya keperluan kalsium dalam tubuh badan cukup untuk ibu dan tumbesaran bayi.

Bila kekurangan kalsium, ibu mula menunjukkan simptom-simptom kekurangan seperti sakit tulang belakang, gigi rapuh/ sakit gigi sebab bertambah lubang, kejang kaki, lenguh satu badan dan lain-lain lagi.

Tapi, ada juga yang dah minum susu masih mengalami kejang kaki. Betul tak mommies?

Ramai kawan-kawan saya juga mengalaminya, malah ada juga bukan dikalangan ibu hamil mengalami kaki kejang ni!
Kadang-kadang tengah sedap-sedap tidur, kejang berlaku. Pagi-pagi.. Atau tak kira masa juga kejang kaki menyerang.

Tahu tak apa punca-punca yang boleh menyebabkan kejang ni berlaku?

- kurang pengambilan air
- kekurangan mineral dan garam dlm badan
- kekurangan kalsium
- kekurangan karbohidrat
- kekurangan vitamin
- beban berlebihan pada otot
- gangguan peredaran darah dengan sempurna

Kalau dah minum susu tapi masih berlaku kejang, kita check balik kuantiti kalsium yang diambil masa minum susu tu cukup tak. Cadangan kalsium yang digalakkan diambil untuk ibu hamil ialah 1000mg.

"When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on." -sumber BabyCenter.

Pengambilan Ostematrix Shaklee membantu melengkapkan keperluan kalsium seharian. :)

Jika kalsium dah ambil secukupnya tapi masih kejang, monitor pengambilan air. Minum air secukupnya.
"Aduhai..minum air banyak, tapi banyak buang pula kat toilet..."
Bagus... Minum banyak air dan buang, membantu membersihkan buah pinggang. Tapi, kita juga perlu kekalkan air secukupnya dalam badan. Minum sikit-sikit tapi lebih kerap agak membantu. Disamping tu, boleh juga minum air isotonik untuk membantu seimbangkan kandungan garam dalam badan, dalam masa yang sama membantu sel-sel badan untuk 'pegang' air secukupnya.

Jadi, jika pengambilan kalsium yang cukupmasih tidak membantu mengatasi masalah kejang kaki, cuba ikhtiarkan dengan pengambilan air isotonik.

Performance drink orange Shaklee merupakan minuman isotonik terbaik. Segar..tanpa pengawet, perasa dan pewarna tiruan. Malah tidak ada gula berlebihan seperti minuman isotonik komersial di pasaran. Oh ye, sesuai juga diambil oleh kanak-kanak kerana bukan air bikarbonat sebab kita bancuh sendiri. ;)

Pastikan badan tetap aktif dan dapatkan rehat yang cukup. Kuantiti air jangan dilupa,begitu juga nutrisi yang diperlukan.

Untuk sebarang order/ pertanyaan, boleh hubungi saya seperti berikut:


Zaimah Bakar
Shaklee ID: 889328
No. Fon: 017-226 9327
FB Page: Zaimah Bakar (Official)
PM/ inbox FB: [KLIK SINI]
Email: zaimah.bakar@yahoo.com


Saturday, 13 July 2013

Puasa...tak dahaga?

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Macam mana ibadah puasa setakat ini? Ok tak? Mudah-mudahan semua baik-baik dan sempurna. :)
Nak kongsikan pengalaman buah hati saya, my dear hubby dengan pengalaman berpuasa tanpa ambil Performance Drink Shaklee, dan bila dah ambil Performance Drink.


Alhamdulillah.. suami saya pun dapat manfaatnya. Suami saya ni dulu jenis susah nak telan suplemen. Tapi, sebab full sponsored by his beloved wife yang jelita (ehem..ehem! :p), dan info yang diyakini dari isteri tercinta..haha. Antara produk Shaklee yang digemari suami ialah Performance Drink Shaklee! :)
Tak perlu lagi beli 100 plas sekarang, sebab PD Shaklee ni lagi power, lazat, superb!

Puasa memang sangat sesuai ambil PD. Antara sebabnya ialah, PD mengelakkan kita terhidrasi (kehilangan air dari dlm badan). PD membuatkan air kekal di dalam sel badan lebih lama, sebab tu la kita boleh rasa lebih segar je badan lepas minum PD. Dahaga pun kurang.. "Sayang tak rasa dahaga pun hari ni.. perut je kreukkk..kreukkk..hahaha" - komen sayang saya. :p

p/s: perut kreukkk kreukk? jom tambah ESP/ meal shakes pula. ;)

Berminat? Boleh terus hubungi saya. :)
Sila PM SMS CALL WHATSAPP:

Zaimah Bakar
Shaklee ID: 889328
No. Fon: 017-226 9327
FB Page: Zaimah Bakar (Official)
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

nak tau lagi tentang PD Shaklee? [KLIK SINI]

Friday, 17 May 2013

Cergas, Segar dan Sihat - Performance Drinks



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Salam bulan Rejab... :) Alhamdulillah masih dapat kita berjumpa bulan Rejab pada tahun ni.. Harap dipanjangkan umur, sihat tubuh badan untuk kita berjumpa dengan bulan Sya'ban dan Ramadhan yang akan muncul tiba tak lama lagi.

Ada yang sudah practise berpuasa? Marathon ganti puasa?hihi.. :p
Alhamdulillah, ada yang tidak melepaskan peluang puasa sunat di bulan Rejab... Moga dikuatkan iman dan mendorong diri kita semua kepada segala kebaikkan in shaa Allah.

Ok, sambil sambil topik berpuasa.. Pasti kita inginkan badan bertenaga dan cergas kan?
Antara produk Shaklee yang dapat menyokong anda melalui hari-hari di kala berpuasa dengan lebih cergas, bertenaga dan sihat - Shaklee Performance Drink Orange. :)

Tadaaa...


Apa tu Performance Drink?
Minuman lengkap yang mengandungi ELEKTROLIT dan MINERAL.

Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara peredaran bendalir dalam badan.
Berbanding dengan minuman sukan yang lain (yang dikormesilkan seperti 100 plas.. :p), Permormance Drink ni mempunyai lebih 67% glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Manfaat Utama Performance Drink:

  1. Meningkatkan daya ketahanan badan.
  2. Membekal tenaga dan daya ketahanan fizikal.
  3. Mencegah penghidratan.
  4. Mengekalkan paras gula.
Sangat lazat dan menyegarkan, boleh diminum bila bila masa.. (tapi time berpuasa tu, minum time bersahur dan berbuka saje la tau..hihi :p)
Boleh dibancuh begitu saja atau nak campur dalam minuman lain.. 
Boleh campur ESP ke, meal shake ke untuk menambahkan tenaga agar perut kurang lapar, badan sentiasa cergas.
Boleh campur dalam Shaklee Collagen Powder (SCP) untuk berikan rasa dan aroma yang lebih menarik untuk SCP. :)

Siapa yang sesuai mengambil Performance Drink?
  1. Para Atlet (suri rumah pun ala ala atlet tau..lagi berpeluh peluh menyiapkan tugasan kat rumah tu..hikhik.. :p)
  2. Mereka yang berpuasa.
  3. Sebelum dan selepas pembedahan.
  4. Tidur lewat malam.
  5. Terapi ketika berpuasa (training2 nak puasa ni kan.. :) )
  6. Keletihan.
  7. Penyahhidratan otot dan kulit.
  8. Vagina yang kering.
  9. Cirit birit.
  10. Tiada selera makan.
  11. Rendah paras gula.
  12. Demam dan panas badan,
dan banyak lagi.. 

Berminat? Boleh hubungi saya terus untuk sebarang pertanyaan atau order. :)



Zaimah Bakar
Shaklee ID: 889328
No. Fon: 017-226 9327
FB Page: Zaimah Bakar (Official)
Email: zaimah.bakar@yahoo.com


Comments System