Friday 15 March 2013

Herbal Blend membantu mengatasi Ekzema dan kulit bermasalah



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Sebelum ni, saya ada update post tentang penggunaan Herbal Blend multipurpose cream pada masalah gatal-gatal anak saya sendiri, Aleesya (berumur 3 tahun) [klik sini untuk baca post ni]. Saya juga ada mengatakan ingin cuba pada masalah eczema adiknya, Aneesa (1 tahun 6 bulan). Sebenarnya, saya dah gunakan pada eczema Aneesa, tapi belum sempat nak menulis entry panjang di blog. Saya hanya update di facebook personal dan page Zaimah Bakar (Official) saja.

Ok, mungkin ada rakan-rakan dah tengok sendiri status update saya tentang masalah eczema Aneesa dan selepas saya menggunakan multipurpose cream Herbal Blend ni. Alhamdulillah, syukur kerana saya jumpa penawarnya yang betul-betul memuaskan hati.

Saya cerita secara ringkas tentang masalah eczema yang dihidapi oleh Aneesa ye.

Aneesa mempunyai alahan atau eczema pada kulit belakang badannya. Eczemanya tidak kritikal. Tetapi, kulit di bahagian itu sentiasa kering. Ada kalanya jika ada yang tak kena (cuaca panas, jenis kain pakaian yang tidak sesuai, alahan makanan, persekitaran kurang bersih, berpeluh, dan lain-lain) ia boleh menyebabkan kulit di kawasan tu merah menyala, dan kemudiannya bersisik kasar. Kadang kala terkopek dan mulalah berdarah sedikit. Tak boleh dibiarkan, takut infection nanti lain pula jadinya.
Jadi, bila masalah ini berlaku jika rujuk doktor biasanya doktor akan berikan cream steroid base. Siapa pernah dengar tentang keburukan krim steroid ni? Saya rasa akan ceritakan panjang lebar tentang pengalaman anak saya yang pertama dengan krim steroid ni. Ye betul, kesan sampingan yang mendukacitakan.. Jadi, saya mengambil keputusan, adiknya Aneesa ni saya nak guna sabun syampu dan segala krim ubatan yang natural/sumber semulajadi sahaja, yang bebas steroid. Beratus habisan juga, masatu belum tau yang Shaklee ada produk yang boleh membantu eczema. Antara produk yang saya gunakan ialah Mog**. Sabun dan syampu, lotion, krim bagai..fuh! kesat peluh membeli.. Macam mana pula hasilnya? Ok, eczema Aneesa masih on off. Tapi masih ok jika dibandingkan dengan kes kakaknya, Aleesya dulu. Baguslah Mog** ni sebab natural. Nak tak nak tubuh badan Aneesa melindungi diri sendiri dan tak bergatung pada steroid. Tapi...fuh! kesat peluh lagi..hihi. Macam lama je nak harung rasanya.
Hinggalah saya berjumpa dengan Shaklee. Masa tu ambil set breastfeeding sebab masih full breastfeedingkan Aneesa. Jadi, hasil google saya dapati mealshake dapat membantu eczema. Memandangkan saya masih menyusukan, jadi saya ambil la mealshake juga agar Aneesa dapat khasiatnya melalui susu ibu nanti.
Alhamdulillah..kesan positif. Nampaknya banyak berkurangan masalah eczema daripada dulu-dulu. Tapi masih ada kadang kala sahaja.
Bila dah jadi ahli Shaklee, saya terdedah dengan banyak info semua produk Shalee, ditambah dengan kajian, juga pengalaman rakan-rakan yang menggunakan Shaklee. Jadi, saya rasa Herbal Blend ni mungkin dapat digunakan untuk masalah eczema Aneesa. Ok... tak main la rasa-rasa, dengar-dengar kata orang je kan..hihi. Jadi, saya memang gunakan juga Herbal Blend pada kawasan eczema Aneesa.
ALHAMDULILLAH..syukur. Saya amat terkejut, dalam masa 3 hari kulit Aneesa macam tiada apa-apa pernah berlaku di situ. Sebelum ni tak pernah jadi lembut seperti kulit biasa. Ya Allah, dengan izinMu eczema Aneesa dah pulih. Syukurrrrr...jumpa dengan produk yang serasi dan sesuai.



Betul..hanya 3 hari je saya gunakan. Sampai ke hari ini eczema Aneesa tak pernah muncul lagi. Jadi krim herbal blend ni saya guna pelbagai lah sekarang ni, sapu kat siku lutut..lembut je.. saya pun tumpang sekaki..hikhik. ;p Jadikan ruam lampin pun amatlah berkesan. :) Psst..saya pernah sapu pada jerawat, cepat je masak dan mengecut.hahah..eksperimen berjaya. Alhamdulillah..

Jika anda berminat, boleh hubungi saya, Zaimah Bakar 017-2269327.
PM SMS CALL WHATSAPP EMAIL sentiasa dialu-alulam



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

No comments:

Comments System