Showing posts with label Herbal Blend. Show all posts
Showing posts with label Herbal Blend. Show all posts

Friday, 21 November 2014

Ruam lampin

As salammualaikum wbt..

Hai mommies yang ada baby kecil! :)

Nak share tentang ruam lampin. Sebelum tu nak belanja gambar baby saya, baby muhammad - 5 bulan.

Ceria je baby kan! :)

2 hari lepas baby Muhammad star macam nak kena ruam lampin. Sikit je pun, merah sikit dan macam ada bintik-bintik air tu. Baby Muhammad jarang kena ruam lampin setakat ni. Mungkin ni terjadi pun sebab diapers dia selalu penuh lately ni. Kat sini musim hujan, sejukkk je cuaca. Tu yang agaknya asyik nak terkencing-kencing. :p

Selain tukar diapers baby selalu, part yang nak start jadi ruam tu saya sapu dengan Cream Herbal Blend Shaklee. Alhamdulillah..lepas sapu, merah terus macam nampak susut lega. Sehari je ruam lampin dia. Tu pun tak melarat. Syukur... :) kekal ceria! :)

Saya yakin guna herbal blend untuk baby. So far tak pernah guna cream2 yang beli kat kedai atau farmasi untuk ruam lampin. Herbal Blend semulajadi, diyakini selamat. ;) 
Herbal blend multipurpose tau..serbaguna. Bukan untuk ruam lampin semata. Next time saya kongsikan lagi, in shaa Allah. 
Sori gambar gelap. Baby take a nap in the room. ;)

Kita ikhtiar, sesungguhnya Allah jua yang menyembuhkan. :)

Thursday, 25 September 2014

Gegata? Alergik di tengah malam?

As salammualaikum wbt..

Baru-baru ni, anak kedua saya (3tahun) mengadu gatal-gatal di tengah-tengah malam. Buka baju dia, ya Allah..penuh bintat macam gegata. Tak pasti alergik apa yang termakan atau cadar tilam yang barangkali mungkin tercemar. Kebetulan kelmarin baru pulang dari kampung, jadi memang belum sempat tukar cadar. Alahaii...



Dah tengah-tengah malam, capai apa je yang ada. Suami pun tiada malam tu, outstation. 

Madikan air suam.
Makan multivitamin n Chewable Vita-C Shaklee. 
Anti-histamin.

Alhamdulillah.. Reda. Tidur lena anakanda yang disayangi. :) 

Berminat dapatkan Herbal Blend dan Chew. Vita-C, boleh hubungi saya.
#ZaimahBakar
w/a: 017-2269327

Friday, 16 May 2014

Jangkitan Tangan Kaki dan Mulut (HFMD)

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Maaf kerana kurang bersiaran.

Kisahnya.. Anak kedua kena jangkitan tangan kaki dan mulut (HFMD) sabtu lepas. Mula tak suspect kena hfmd, sbb minor je ruam. Tapi bila doctor diagnos, sah mmg hfmd. Masa tu dah kalut dah camne boleh dapat, mcm mana nak buat. Tapi doc pun ada advise lebih kurang maksudnya, "it's only the virus.. So, let ur kids immune boost. Make sure your kids still active, still get what she need. Less contact with public to prevent other kids (specially with low antibodi) effected. Clean toys n every single thing in house with dettol, to protect ur kids going worst. (Coz we dont sure which area already effected)". Doc kata, kes2 yg bawa maut tu sbb mmg kanak kena jangkitan tu tak makan minum langsung. Itu yg buat badan semakin lemah disamping virus berleluasa dalam tubuh.

Ok, pastu saya siap google camne rupa kanak2 yg kena hfmd. Wahh..ngeri, kesiannn.. Sekitar mulut luka2 pecah2. Dalam mulut jgn cakap laa..nangis..risau n takut anak jd mcm tu. Korang pun sure tak nak punya!

Saya kuarantin anak2. Bersihkan segala-galanya dlm rumah ni dgn dettol..plus basic-H shaklee lagi.
(Nak terberanak rasanya buat rushing cleaning dlm masa singkat..haha. Baru 34weeks ni, belum cukup masa :p).

Day 1 - Ruam yang sangat banyak mula muncul :'(
Maka hari demi hari bermulalah hfmd anak kedua ni tunjukkan ruam yg jd mcm lepuh2, kat dalam mulut start ada ulser..(more than 10!) asyik mengadu "sakit..sakitt..." Tapi alhamdulillah, still aktif bermain dengan kakaknya. Siap golek2 bagai..tak mampu nak asing kurantin diorang berdua. Tapi syukur sgt anak sulung tak kena jangkitan, walau sentiasa je melekat dgn adiknya.

Oh ye.. Disebabkan hfmd ada ulser yg banyak dalam mulut, mmg anak tak boleh nak telan makanan. Langsung tak boleh yg pepejal, walau bubur.. Jadi, hanyalah susu..tapi, anak yg dah membesar 3 tahun...perlu lebih dari susu! Susu anak saya kan special sbb add dgn meal shakes shaklee! :) alhamdulillah..alhamdulillah.. In shaa Allah cukup segala nutrien yg dia perlu. Lagi2 waktu kritikal yg dia langsung tak dapat makan. Dannn.. Dia nampak aktif, seperti biasa (cuma kurang bercakap sbb mulut sakit..).

Tergaru-garu? My lil daughter ni memang suka menggaru. Tapi saya sapu Herbal Blend Shaklee, alhamdulillah langsung dia tak menggaru. Malahan lepuh-lepuh di tangan kaki juga tak pecah-pecah. Jadi, memang tidak merebak jangkitan gatal-gatal tu in shaa Allah. Sebab doc pun ada beritahu, kalau pecah..air dalam lepuh tu boleh buat berjangkit sebab ada bakteria. Herbal blend semulajadi..tiada paraben, tiada steroid. Saya memang stop guna sebarang cream yang mengandungi steroid, serik dengan yg terjadi pada eldest daughter masa kecil dulu mengharungi steriod withdrawal.

Selalu berdoa supaya dia cepat sembuh. Ternanti-nanti juga bila akan tiba waktu klimaks penyakitnya (yg mcm gambar2 hfmd saya tengok dalam google).
Day 5 - Lepuh dah kecut dan kering dengan sendirinya..
alhamdulillah. :)
Hari ke-4, lepuh2 tangan dan kaki tak pecah2. Mcm semakin kering begitu je. Kat sekitar mulut pun takde muncul2. Ulser dalam mulut dah kurang.
Hari ke-5, dah start boleh makan pepejal..alhamdulillah. syukur tak terhingga. Dan sekarang semakin pulih..

Ikhtiar sedaya upaya.
-Herbal Blend mengurangkan radang pada kulit, dan membantu mengatasi kulit sensitif/bermasalah
-Basic-H cucian semulajadi yang tidak merbahaya. Segala kekotoran mudah sangat dibersihkan.
-Meal shakes membantu kuatkan antibodi
-kandungan protein dlm mealshakes, membantu ruam dan lepuh pd kulit cepat recover
-nutrien sesuai utk kanak2 agar sentiasa cergas n bertenaga
Sesungguhnya segala dengan izin Allah jua..♥

Alhamdulillah..sihar ceria
seperti sedia kala. :)
Saya bersyukur dapat bg anak2 meal shakes. Saya dapat rasakan antibodi anak saya kuat sikit dari tak ambil masa dulu2.  Infected with HFMD, tapi tak serius. Kalau tak ber'meal shakes', mungkin hfmd yg dia kena tu melarat n tak mustahil jd kes yg serius.. Alhamdulillah, mealshakes mmg sentiasa standby je.

Berikan meal shakes utk kebaikkan dan beri manfaat kepada anak2. Standby je byk2 lagi2 time promosi. Nnt habis stok, anak pula tak sihat, baru gelabah cari meal shakes dah feninggg..~kan.





Berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang Shaklee, hubungi:


Zaimah Bakar
Shaklee ID: 889328
No. Fon: 017-226 9327
FB Page: Zaimah Bakar (Official)
PM/ inbox FB: [KLIK SINI]
Email: zaimah.bakar@yahoo.com


Friday, 15 March 2013

Herbal Blend membantu mengatasi Ekzema dan kulit bermasalah



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Sebelum ni, saya ada update post tentang penggunaan Herbal Blend multipurpose cream pada masalah gatal-gatal anak saya sendiri, Aleesya (berumur 3 tahun) [klik sini untuk baca post ni]. Saya juga ada mengatakan ingin cuba pada masalah eczema adiknya, Aneesa (1 tahun 6 bulan). Sebenarnya, saya dah gunakan pada eczema Aneesa, tapi belum sempat nak menulis entry panjang di blog. Saya hanya update di facebook personal dan page Zaimah Bakar (Official) saja.

Ok, mungkin ada rakan-rakan dah tengok sendiri status update saya tentang masalah eczema Aneesa dan selepas saya menggunakan multipurpose cream Herbal Blend ni. Alhamdulillah, syukur kerana saya jumpa penawarnya yang betul-betul memuaskan hati.

Saya cerita secara ringkas tentang masalah eczema yang dihidapi oleh Aneesa ye.

Aneesa mempunyai alahan atau eczema pada kulit belakang badannya. Eczemanya tidak kritikal. Tetapi, kulit di bahagian itu sentiasa kering. Ada kalanya jika ada yang tak kena (cuaca panas, jenis kain pakaian yang tidak sesuai, alahan makanan, persekitaran kurang bersih, berpeluh, dan lain-lain) ia boleh menyebabkan kulit di kawasan tu merah menyala, dan kemudiannya bersisik kasar. Kadang kala terkopek dan mulalah berdarah sedikit. Tak boleh dibiarkan, takut infection nanti lain pula jadinya.
Jadi, bila masalah ini berlaku jika rujuk doktor biasanya doktor akan berikan cream steroid base. Siapa pernah dengar tentang keburukan krim steroid ni? Saya rasa akan ceritakan panjang lebar tentang pengalaman anak saya yang pertama dengan krim steroid ni. Ye betul, kesan sampingan yang mendukacitakan.. Jadi, saya mengambil keputusan, adiknya Aneesa ni saya nak guna sabun syampu dan segala krim ubatan yang natural/sumber semulajadi sahaja, yang bebas steroid. Beratus habisan juga, masatu belum tau yang Shaklee ada produk yang boleh membantu eczema. Antara produk yang saya gunakan ialah Mog**. Sabun dan syampu, lotion, krim bagai..fuh! kesat peluh membeli.. Macam mana pula hasilnya? Ok, eczema Aneesa masih on off. Tapi masih ok jika dibandingkan dengan kes kakaknya, Aleesya dulu. Baguslah Mog** ni sebab natural. Nak tak nak tubuh badan Aneesa melindungi diri sendiri dan tak bergatung pada steroid. Tapi...fuh! kesat peluh lagi..hihi. Macam lama je nak harung rasanya.
Hinggalah saya berjumpa dengan Shaklee. Masa tu ambil set breastfeeding sebab masih full breastfeedingkan Aneesa. Jadi, hasil google saya dapati mealshake dapat membantu eczema. Memandangkan saya masih menyusukan, jadi saya ambil la mealshake juga agar Aneesa dapat khasiatnya melalui susu ibu nanti.
Alhamdulillah..kesan positif. Nampaknya banyak berkurangan masalah eczema daripada dulu-dulu. Tapi masih ada kadang kala sahaja.
Bila dah jadi ahli Shaklee, saya terdedah dengan banyak info semua produk Shalee, ditambah dengan kajian, juga pengalaman rakan-rakan yang menggunakan Shaklee. Jadi, saya rasa Herbal Blend ni mungkin dapat digunakan untuk masalah eczema Aneesa. Ok... tak main la rasa-rasa, dengar-dengar kata orang je kan..hihi. Jadi, saya memang gunakan juga Herbal Blend pada kawasan eczema Aneesa.
ALHAMDULILLAH..syukur. Saya amat terkejut, dalam masa 3 hari kulit Aneesa macam tiada apa-apa pernah berlaku di situ. Sebelum ni tak pernah jadi lembut seperti kulit biasa. Ya Allah, dengan izinMu eczema Aneesa dah pulih. Syukurrrrr...jumpa dengan produk yang serasi dan sesuai.



Betul..hanya 3 hari je saya gunakan. Sampai ke hari ini eczema Aneesa tak pernah muncul lagi. Jadi krim herbal blend ni saya guna pelbagai lah sekarang ni, sapu kat siku lutut..lembut je.. saya pun tumpang sekaki..hikhik. ;p Jadikan ruam lampin pun amatlah berkesan. :) Psst..saya pernah sapu pada jerawat, cepat je masak dan mengecut.hahah..eksperimen berjaya. Alhamdulillah..

Jika anda berminat, boleh hubungi saya, Zaimah Bakar 017-2269327.
PM SMS CALL WHATSAPP EMAIL sentiasa dialu-alulam



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Saturday, 19 January 2013

Gatal terus hilang dengan Herbal Blend :)

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Herbal Blend ialah multipurpose cream.. Belum sempat review lagi produk Shaklee Herbal Blend ni kat blog Healthy Beauty dot MY ni..hikhik..(sebab saya baru je try..so, baru nak kongsi keBESTan Herbal Blend ni..) Boleh tengok ringkasannya di web rasmi Shaklee [Klik Sini]

Kalau nak taip satu satu tentang fungsi Herbal Blend memang banyak..Namapun MULTI-PURPOSE! :) Jadi, saya kongsikan sikit-sikit dulu ye..

Gatal tahap maximum? (Gatal miang perangai tu tak boleh la yerr..hakhak.. :p)
Contohnya..kalau kena gigit nyamuk pada tapak tangan atau kaki. Pernah? Memang gatal habis..Garu garu pun tak puas..cucuk cucuk pun masih tak dapat kurangkan sikit pun kegatalannya. Malah lebih gatal lagi..
Saya ada kongsikan di Facebook Personal saya masa saya baru mencuba Herbal blend ni pada my kids.. Wahhh..sangat mengagumkan! Alhamdulillah..ia sangat berkesan. Gatal pun takde langsung dah..
Jemput baca... ;)


Memang bagus sangat.. Dan ia selamat. Paraben Free :)
Saya ada cuba untuk yang lain juga.. Nampaknya memang bagus sangat. Nanti saya update kesannya untuk fungsi yang lain. Tungguuu.. :)

Berminat? Boleh terus hubungi saya.. PM/ Email/ FB Messenger/ SMS/ Whatsapp/ Call (kalau saya tak sempat nak angkat..cuba lagi dan lagi, atau tinggalkan sms..hihi ;p)


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Comments System