Monday 18 February 2013

Makanan Istimewa Untuk Pesakit Diabetis/ Kencing Manis



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Disebabkan ayah saya baru disahkan menghidapi Diabetis, maka sejak kebelakangan ni saya memang banyak mencari info yang berkenaan dengan diabetis/kencing manis ni. Kali ni, saya nak kongsikan makanan yang boleh dimasukkan dalam diet diabetis. Saya letak entry dalam blog ni juga supaya senang sebagai rujukan kelak. Terima kasih untuk beberapa info saya kongsikan juga dari Abam ming. :)

Makanan yang disenaraikan ni, boleh membantu pesakit kencing manis menjadi sihat, mengawal kadar gula dalam darah seperti normal. Tapi, makan perlu pantang (ikut diet yang betul untuk pesakit kencing manis). Kalau tak pantang, memang susah nak kawal kencing manis, dan penyakit lain mula datang mengundang.


Makan buah-buahan mentah (bukan jus!). Semua jenis buah limau sangat bagus untuk jantung.


Karela tinggi 'plan insulin'. Ia mampu merendahkan gula dalam darah.


Makan 3 atau 4 ulas bawang putih sehari, ia cukup bagus untuk kencing manis.


Dengan hanya minum separuh sudu teh sehari air kulit kayu manis mampu menurunkan tahap gula dalam darah kita. Ia juga bagus untuk turunkan tahap kolestrol.


Cendawan 'Maitake' juga cukup power untuk rendahkan tahap gula dalam darah pesakit diabetes.


Apa saja benda sayur hijau perlu dikunyah macam lauk jika kita mahu elakkan diabetes kelas 2.


Rebung buluh juga amat power untuk membekalkan tenaga tanpa lemak atau kolestrol


Strawberry atau apa-apa saja jenis 'berries' cukup bagus untuk cegah kanser, masalah jantung dan juga diabetes.


Makan dada ayam, bagus kerana kandungan lemaknya tepu rendah dan juga kalorinya juga rendah.


Ikan berlemak seperti Salmon, tuna, mackerel dll, yang banyak kandungan omega 3 bagus untuk kawalan kencing manis dan ia juga mampu selesaikan masalah arterie tersumbat.
Makanan tambahan Omegaguard (fish oil) dapat membantu untuk melengkapkan pengambilan omega-3.


Sayur Kacang boleh kawan kandungan gula dalam darah jika dikunyah setiap kali selepas makan berat.


Kacang bagus untuk jantung dan masalah insulin.


Rajin makan yogurt dan juga susu rendah lemak selain daripada baik untuk kencing manis ia juga boleh turunkan berat badan anda.



Roti jenis ini bagus untuk pesakit kencing manis (whole grain food).



Minyak zaitun boleh kasi kandungan gula dalam darah steady.

Untuk yang sihat juga, amalkan cara hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang ok.. :)

Berminat untuk dapatkan suplemen yang membantu anda untuk kekal sihat atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. ;)



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

1 comment:

Diet Diet Sihat said...

saya suka sangat tips dalam blog ni, sangat best dan mudah

Comments System