Sunday 25 November 2012

Set Bersalin @ Set Berpantang Moden

Bismillah.. As salam..~♥

Macam-macam jenis set berpantang sekarang. Sampai tak tahu nak pilih yang mana.. Dan. masih ada juga yang mengamalkan jamu-jamu tradisional (serbuk, pilis, param, mcm2 lah.. :p) dari bidan bidan. Ya..mak mak kita pun memang nak kita makan jamu. Tak dinafikan semua ni bagus.. masing masing ada kebaikannya tersendiri. :) Tapi...kadang kadang, disebabkan beberapa perkara (seperti anak jaundis (demam kuning), ruam, cirit birit sebab tak tahan panas jamu jamuan) kita dinasihatkan supaya berhenti dulu pengambilan jamu hingga baby pulih. Bila makan jamu dah terbengkalai, kadang cuba nak skip skip makan, lama lama terus lupa nak makan pula...kan..kan? :p (malas pun ye..saya sendiri mengalaminya dulu..korang?hikhik :p)

Oleh yang demikian, dengan adanya Set Bersalin/Berpantang Shaklee ini, ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi.

Kenapa set berpantang Shaklee?
  • Ia adalah vitamin (bukan jamu).
  • Membantu memulihkan tenaga ibu yang baru bersalin.
  • Boleh diambil seawal hari pertama kelahiran.
  • Tidak perlu menunggu sekurang-kurang 1 minggu selepas melahirkan seperti pengambilan jamu kerana jamu boleh meningkatkan risiko jaundice keada bayi.
  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin samada bersalin normal mahupun ceaserean.
  • Tidak meningkatkan risiko jaundice kepada bayi.
  • Membantu melancarkan dan melawaskan pembuangan semasa dalam pantang.
  • Melancarkan proses penyusuan susuibu sejak dari dalam pantang.
  • Pengambilan boleh diteruskan sehingga selepas pantang untuk kesihatan optimum. Jimat kan? :)

Apa dalam Set Bersalin Shaklee?

  1. B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.
  2. Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin. 
  3. Vita-Lea with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin. 
  4. Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin. 

 Selain itu, anda boleh add-on supplement yang lain yang sangat sesuai juga diambil waktu berpantang.



ESP: Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, membantu menghilangkan strech mark dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Ia juga membantu mengurangkan risiko jaundis. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi. (read more tentang ESP)




OsteMatrix: Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Membantu pelawasan, bagi yang menghadapi masalah sukar membuang air besar, kerana ianya melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali. Yang ni memang disyorkan untuk elak terkena sembelit selepas bersalin (read more tentang OsteMatrix).



Alfalfa Complex:
Bertindak seperti kacip fatimah kepada para ibu.
Milk Booster bagi ibu menyusu.
Melegakan sakit sendi dan belakang.
Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
Memberi kelegaan semasa haid.
Memulihkan urat selepas bersalin.
Bagus untuk elergi dan ekzema.
Merawat asma.
Mencuci usus bagi membuang toksik.
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
Meneutralkan asid dalam badan.
Membesar dan menegangkan payudara.
Melegakan sembelit.
Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (read more tentang Alfalfa).
*Walau bagaimanapun, sekiranya ibu-ibu ingin menambah pengambilan alfalfa, saya cadangkan tunggu sehingga bayi sekurang-kurangnya berusia sebulan kerana dikhuatiri ada bayi yang kurang sesuai dengan Alfalfa.

Sedikit teatimoni... :) [klik gambar utk tumbesaran]


Berminat? Sila hubungi saya untuk lebih lanjut. Harga special menanti! :)
Setiap pembelian dengan saya, free konsultasi dan berterusan, free invitation to Shaklee secret group, dan free gift (*free gift while stock last!)



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Saturday 24 November 2012

Anak hilang selera makan?

Bismillah.. As salam..~♥

Anak hilang selera makan, ni adalah benda biasa yang berlaku pada anak-anak di usia 2 hingga 6 tahun. Ia meninggalkan rasa risau di hati ibu bapa kerana takut anak kurang nutrisi, atau tak membesar dengan baik.

Apa sebenarnya faktor anak kurang selera makan?
1. Bila anak bertambah besar, mereka mula memiliki selera tersendiri. Mereka mula ada makanan kegemaran dan sebagainya.
CARA ATASI: Sediakan makanan kegemaran anak-anak, dan dengan cara yang menarik. Misalnya sediakan kutleri mengikut watak kartun kegemarannya, etc.

2. Apabila anak sakit atau kurang sihat, selera makan mereka akan menurun.
CARA ATASI: Sediakan makanan mengikut keadaan anak.

3. Pengalaman makan yang tidak seronok. Misalnya sering dipaksa untuk makan.
CARA ATASI: Jadikan makan adalah satu aktiviti yang memggembirakan anak-anak. Makan bersama-sama, dan jangan paksa mereka habiskan makanan, sebaliknya pujilah bila mereka dapat mengosongkan pinggan mereka.

4. Anak dah kenyang kerana makan snek di antara waktu makan.
CARA ATASI: Tetapkan waktu makan dan elakkan makan makanan rapu antara waktu makan.

5. Anak menghadapi masalah kesihatan seperti anemia, kekurangan nutrisi dan sebagainya.
CARA ATASI: Periksa corak pemakanan anak dan makanan yang diambilnya.

Jika berpunca dari makanan yang disediakan di rumah, ubah cara penyediaan dan menu agar memenuhi keperluan nutrisi anak. Bawa berjumpa pakar jika masih berterusan.

Apa yang sepatutnya ibu lakukan bila anak hilang selera makan?
1. Ceritakan tentang kebaikan dan kelebihan makanan2 yang patut diambilnya.
2. Biar anak tentukan bila dia berasa kenyang dan tidak mahu makan lagi.
3. Sediakan makanan dan snek berkhasiat di rumah.
4. Sediakan minuman yang berkhasiat, rendah kandungan gula serta tinggi nilai nutrisi.

Apa yang tidak patut dilalukan oleh ibu?
1. Jangan perkenalkan makanan fast food kepada anak.
2. Elakkan dari memberi anak makan snek ‘sambil tunggu nasi masak’ dengan kadar yang banyak.
3. Jangan ugut anak sekiranya dia taknak makan.
4. Jangan paksa anak dengan memasukkan makanan ke dalam mulutnya secara paksaan.

Ibu perlu kreatif dalam menarik minat anak untuk makan.
Dan juga harus tahu bila perlu mendapatkan nasihat dari pakar apabila anak enggan makan.
1. Bila anak tidak kencing melebihi 8 jam
2. Bila anak kelihatan tak sihat
3. Bila keadaan berterusan hingga seminggu
4. Bila anak enggan minum
5. Bila naluri ibu berkata “Saya perlukan nasihat seseorang!”

Sekiranya anak hilang selera kerana masalah kesihatan – BERJUMPALAH DENGAN PAKAR.
Sekiranya anak hilang selera kerana kerana kurang nutrisi, anda boleh membantunya dengan Mealshake DAN sediakan makanan seimbang, elakkan junk food agar anak dapat khasiat makanan yang secukupnya.

Meal Shakes boleh diteruskan sebagai minuman sihat TAPI bukan untuk menggantikan makanan berkhasiat. Sebagai ibu elakkan dari menjadikan fast food (yang sebenarnya bukan makanan pun…) sebagai ‘favourite snack’ anak-anak, sediakan buah-buahan sebagai gantinya.

 Harap ini dapat membantu. Berminat utk dapatkam meal shakes, sila hubungi saya..


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Fish Oil pilihan terbaik...OmegaGuard. Kenapa?



Bismillah.. As salam..~♥

Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita. Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3.
Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA…  :)

EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak.

Faedah & kepentingan Omega-3: 
  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah 
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung 
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya 
  • Mengurangkan risiko strok 
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic 
  • Merendahkan tekanan darah 
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi 
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat 

Mengapa Omega Guard Shaklee?
Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan.
Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. (Ingat tak pesan tok nenek "Jangan makan hati!"..hati/ organ dalaman memang mempunyai kandungan yang tak stabil..jadi, lebih baik elakkan dari mengambilnya.. :p)

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard? 
  • Ibu hamil 
  • Ibu menyusu 
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki 
  • Warga Emas 
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes 
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat

''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''

Anda boleh dapatkan Omega Guard hari ni… Minyak ikan terbaik, bebas bahan kimia, dan semestinya halal!
Hubungi saya untuk tahu lebih lanjut. Harga istimewa menati anda. :)


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Friday 23 November 2012

Nak flawless skin tanpa mekap?

Bismillah.. As salam..~♥

Collagen? Rasa semua pernah dengar perkataan collagen ni.. Macam-macam ada di pasaran sekarang ni. Shaklee pun dah ada collagen tau! Jangan salah faham, Shaklee ada collagen bukan sebab nak ikut banyak brand2 yg dah ada collagen. It's come with research, clinical test yang sangat teliti..tu yang sekarang baru ada (actually saya pun update sini lambat..haha :D). Memang banyak brand lain dah keluar collagen2, Shaklee macam lambat je..tapi, lambat2 pun sebab research dan clinical test yang dorang buat, mesti la nak yang betul-betul dapat result yang terbaik.. Biar lambat dan selamat, dan hasilnya sangat mengagumkan! :)
*Gambar hiasan..berangan nak flawless skin mcm ni la..muda jelita gitu! :)

Ada yang kata mahal? Oo...korang tak cuba, tak tau. Ramai yang dah mencuba, dan memang sangat berpuas hati. Memang berbaloi dengan harga yang kita bayar. Ada pengguna yang pernah mengambil collagen lain sebelum Shaklee ni, mereka kata Shaklee ni kira sangat murahh! Bila renung-renungkan harga, tempoh masa untuk nampak kesan dan effectiveness nyer memang sangat berbaloi-baloi, puas hati, dan tak mahal pun! (drpd beli yg murah, perlu mkn byk2, keberkesanannya pun tak bape nak ade..rugi juga kan..kan :p)

Terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu. (bukan 8 bulan/ 8 hari/ 8 minit yer! :p)



Fungsi dan faedah dari collagen powder Shaklee: 

  • ANTI PENUAAN - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yg kelihatan.
  • MENGHIDRATKAN - melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan terkupas pada muka.
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
  • MELICINKAN - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
  • MENYUBUR - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yng tebal dan bersinar.
  • MENCERAH - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
  • MENEGANG - membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • Faedah tambahan kolagen - menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot didalam mata supaya lembut. 

Best tak? Nanti saya akan kongsikan apa kata mereka yg dah menggunakan sendiri Collagen Shaklee ni..siap tepek gambar bagi korang rasa lagi lagi lagi best! :p 

Dah berminat? Tekan2 keyboard/ touch2 keypad utk order dengan saya sekarang.. :)
Harga istimewa menanti..semestinya! ;)

p/s: boleh tengok beberapa testi yg saya dah upload kat FB page..sila la jenguk2 FB page tu.. ;p


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Wednesday 21 November 2012

Set Kecantikan - Cantik bermula dari dalam..



Bismillah.. As salam..~♥

set kecantikan adalah rangkaian vitamin untuk memelihara kecantikan dan kesihatan kulit dari dalam. Ia mengandungi vitamin C, B Complex dan Vitamin E. Dan tambahan lebih sempurna dengan ESP.. :)



Kebaikan dan fungsi Vitamin C 
-Membantu pembentukan kolegen yang penting untuk menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.
-antioksida yang baik
-membantu pulihkan sel akibat luka / jerawat.

Kebaikan dan fungsi Vitamin B Complex 
-Mengandungi B2 iaitu Riboflavin yang dikenali sebagai beauty vitamin.
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering. 
-atasi kelesuan  dan stress

Kebaikan dan fungsi Vitamin E 
-anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel 
-anti aging vitamin 
-merawat dan mencerahkan parut 
-megelakkan kemusnahan vitamin A dan C
-membantu penyerapan oksigen 

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, boleh juga tambahkan Energizing Soy Protein (ESP) secara berasingan. Fungsi ESP adalah untuk menyokong pembentukan kolagen, sekaligus menjadikan kulit lebih anjal, kenyal, gebu dan putih berseri. Ingat, protien adalah makanan kepada sel-sel badan kita.

Cantik berseri dan sihat selalu dengan Shaklee... :)

Berminat sila hubungi saya untuk mendapatkan special price. Setiap pembelian juga saya akan guide jadual pemakanan, free konsultasi dan jemputan ke secret group yang mempunyai banyak maklumat. :)


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Tuesday 20 November 2012

Cadangan Supplemen untuk Ibu Meyusukan..



Bismillah.. As salam..~♥

Saya nak kongsikan supplement yang amat sesuai untuk ibu menyusukan.

Set 3M (Set Lengkap)
Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.
Ia menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?
1. Ibu kepada bayi kembar
2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
3. Ibu yang nak kumpul stok.
4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.

Set BF Basic 1
Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa
Siapa yang perlukannya?
1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.
2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.
3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.

Set BF Basic 2
Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix. 
1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu. 
2. Ibu yang keletihan.
3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba. 
4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp. 

Jika berminat, bolehlah hubungi saya untuk lebih lanjut dan dapatkan harga istimewa.


Ehemm...Saya juga nak kongsikan kisah penyusuan saya.. :p
Syukur Alhamdulillah... Saya masih menyusukan anak kedua saya sepenuhnya hingga ke saat ini. Masa anak pertama dulu, saya tak dapat menyusukan sepenuhnya kerana putus susu awal. Ketika itu, saya masih tidak terdedah dengan cara dan ikhtiar untuk maintain production susu..huh, menyesal pun tak guna. Jadi, untuk anak kedua ni, saya berazam akan berusaha untuk melengkapkan penyusuan sekurang-kurangnya hingga dia mencecah umur 2 tahun..InsyaAllah. Susu ibu adalah yang terbaik untuk si anak.. :)

Saya faham..memang ada segelintir ibu yang frust tak dapat menyusukan anaknya. Saya juga frust dulu bila susu kering awal untuk anak pertama. Untuk anak kedua, saya juga pernah hampir kering susu. Terlalu banyak faktor kehidupan seharian yang mempengaruhi dan menganggu production susu.
Jadi, salah satu ikhtiar saya ialah dengan ber'SHAKLEE'... :p

Alhamdulillah...susu semakin meriah. Dan setakat ni, maintain je.. Anak gembira, ibu setuju.. :)
Selain itu, syarat utama untuk maintain penghasilan susu juga harus dipatuhi..iaitu "SUPPLY vs DEMAND".
Mana ibu yang berkerjaya, perlulah pam mengikut jadual..dan yang fully housewife, direct feeding sekerap yg mungkin.. :)



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Tak tahu nak pilih brand Vitamin E terbaik?



Bismillah.. As salam..~♥

Tau tak cara memilih Vitamin E?
Pilihlah yang semulajadi untuk mengelakkan kesan sampingan di kemudian hari nanti.

Basically antara garis panduan utk memilih Vitamin E adalah:
1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi ( boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia) 
2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label 
3.Pilih Vit E yg berserta selenium - Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan 

Cuba tengok contoh label belakang Vita-E Complex Shaklee ni.. :)


Seperti saya... saya pilih jenama Shaklee sebab ia memenuhi garis panduan di atas:
# Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli 
# Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate 
# Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]* 

Nak tahu lebih info ttg Vita-E, klik SINI
Berminat, boleh hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa.. :)


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Vitamin Cinta...~♥

Bismillah.. As salam..~♥

Vitamin E dikenali seagai "vitamin cinta"..hihi.. kenapa sampai digelar begitu?
Sangat menarik, especially utk bakal2 individu yg nak berkahwin atau utk pasangan suami isteri.. Bagaimana vitamin E dikatakan membantu menghangatkan hubungan suami isteri?


"Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.
Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik. 
Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. 
Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan."


Ehem... tak payah banyak citer la bab ni. Yang dah berkahwin tu, sendiri mau ingat lah..hihi :p
Boleh beli Vita-E Complex ni, share sekali dengan suami isteri. Jimat..dua-dua dapat manfaat.. :)

Lain-lain info ttg vitamin E, KLIK SINI

Berminat, sila PM, sms, viber, whatsapp atau email seperti di bawah.
Saya tawarkan harga istimewa..dan juga free consultation.. :)



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Elemen penting dalam Slimming/ Diet

Bismillah.. As salam..~♥

Diet? Diet yg sihat ialah bila kita cukup nutrient, excercise & cara hidup yg sihat, dan pembuangan sisa yg tidak perlu.

3 perkara asas yg dapat membantu dlm diet sihat ialah...PROTEIN + DETOKS + LETCITHIN.

PROTEIN - sgt penting sbb buat kita
kenyang (jadi elakkan kita ambil karbo berlebihan, karbo byk buat kite gemuk..haha. Bila karbo x ditukarkan kpd tenaga or excercise, tu yg jd lemak terkumpul..:p), protein juga penting utk pembentukakan dan pembaharuan sel2 baru (jadi, sel sel mati, akan mudah di renew dan lebih sihat, fresh gitu.awet muda!), protein baik utk kulit, rambut, kuku, dan lain2..bila sel sel badan sihat,nutrient harian kita pun mudah diserap.

DETOKS - Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :)... tahukah anda... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..).

LETCITHIN - berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn.






Shaklee menawarkan 3 elemen asas yg penting dlm proses diet anda. Iaitu...
1. ESP (sebagai sumber Protein terbaik)
2. ALFALFA/ HERBLAX (sebagai Detoks)
3. LETCITHIN (sebagai Letcithin yg diperlukan badan)





Ia semulajadi, selamat, berkesan, halal..
Disamping membantu anda kekal sihat.. ;)




Jadual pemakanan yang betul juga amat penting. Bukan menahan diri tak makan langsung..ini akan memudaratkan diri. 




Berminat, sila hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa. :)




Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Alfalfa, Raja Herba

Bismillah.. As salam..~♥



Alfalfa ni, diperbuat daripada tanaman yg bernama ALFALFA atau nama saintifik dia MEDICAGO SATIVA. Dan. produk ni diperbuat bukan dari sebarang2 pokok alfalfa ye! ;)
Ia diambil dari tanaman alfalfa yg ditanam secara ORGANIK di California yang BEBAS PESTISID, HERBASID dan MENGGUNAKAN BAJA YG BEBAS KIMIA.
Semua product shaklee amat menitikberatkan soal “raw material” yg digunakan. Bukan main amik je asal jadi...

Alfalfa ni dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan” atau "Raja Herba". Raja tau...hihi.
Terlalu banyak kebaikan yang ada disebalik herba ni.

- tumbuhan yg sangat kaya dgn pelbagai nutrisi – alfalfa ni dh digunakan oleh manusia sejak lebih 2500tahun dahulu dan telah dikenalpasti sebagai makanan yg kaya dgn pelbagai nutrisi dan zat galian. ALFALFA kaya dgn PROTIN, ASID AMINO, KLOROFIL, SERAT, 15 JENIS ZAT GALIAN, 10 JENIS VITAMIN, 8ENZIM dan fitokimia. 

-Tumbuhan Medicago Sativa ni,mengambil masa sekurang2nya 2tahun untuk membesar dan akarnya boleh menjunam sehingga 20kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi dan zat galian.

- daun alfalfa ni, Shaklee akan tuai hanya apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak.  Sebabnya, daun alfalfa yg matang  ni la yg kaya dgn KLOROFIL. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.  Manakala bahagian lain yang tak penting tu, dilupuskan.  then, daun2 yg dh kering ni, dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompress menjadi tablet.
KESELURUHAN PROSES INI, DIJALANKAN DI BAWAH PENGAWASAN DAN KAWALAN  SHAKLEE YANG SANGAT KETAT DAN TELITI.

Fungsi Alfalfa??

1) sebagai unsur DETOX – mencuci hati, darah, usus
Alfalfa ni adalah sejenis tumbuhan yg sangat beralkali, dan ianya boleh mengembalikan kenormalan badan yg berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah, mencantikkan kulit dan membina otot ( so bagi wanita2 para isteri dan ibu yg risau kendur dan jatuh, alfafa ni boleh membantu menegangkan & meng’up’kan ye  )

2) Melawan ALAHAN
Alfalfa berfungsi utk memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan kulat air dengan berkesan-dgn izin Allah.

3) baik utk PERUBAHAN PATOLOGI dlm usus dan perut
Alfalfa membantu memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. (part sembelit tu mmg setuju sangat lah!  )

4) MENYINGKIRKAN LEMAK & KOLESTROL
Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang alfalfa mampu menghapuskan lemak, megurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. hanya alfalfa sahaja yang mengandungi SAPONIN yg bertindak seperti span utk menyerap kolestrol.

5) MELAWAN TUMOR
Alfalfa kan tumbuhan yg beralkali tinggi, tumor terjadi kerana kandungan asid yg tinggi, jadi ianya akan menuetralkan asid yg ada dlm tubuh seterusnya membantu melawan tumor. ianya memperbaiki sel kanser dan membuang tumor.

6) MELEGAKAN KELETIHAN

7) MENCEGAH/ MERAWAT ATRITIS
Alfalfa ni juga terkenal dalam merawat masalah kewanitaan seperti keputihan, dan ianya bertindak seperti herba kacip fatimah utk merapatkan dan memantapkan kuasa “grip”  pada bahagian intim wanita. Selain itu, ia membantu menyemarakkan lagi hubungan suami isteri yag kedinginkan.

Best kan khasiatnya...? Ni belum senaraikan semua lagi. :p
Nak rasa sendiri bagaimana perbezaannya? Dapatkan Alfalfa Complex anda dengan harga istimewa saya.




Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Monday 19 November 2012

RESDUNG - Risiko jangkitan otak



Bismillah.. As salam..~♥



ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:
``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.
``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.
``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.
Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.
Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.




**********************************************************************

Jadi, antara supplement yang dapat membantu daripada masalah ini melarat ialah, ALFALFA.



Alfafa telah digunakan dalam perubatan Cina sejak pada zaman dahulu untuk mengubati penyakit BATU KARANG, PENGEKALAN CECAIR BADAN ( FLUID RETENTION) dan BENGKAK/BENJOLAN (SWELLING). Alfafa merupakan tumbuhan herba yang sangat kaya dengan nutrisi. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam alfafa membantu masalah resdung/sinus dan eczema. Daun alfafa yang datang dari kekacang (legum) istimewa ini mengandungi 8 asid amino utama yang berguna untuk julap dan perkumuhan air kencing. Ia sangat berguna untuk rawatan jangkitan air kencing, buah pinggang, hempedu dan kesihatan prostat. Ia bertindak sebagai detoks badan terutama hati. Sangat membantu kesihatan kelenjar bawah otak dan terdapat AGEN ANTI FUNGUS.

Pn Lyna Noh mengatakan :
“Saya ada simptom yg macam sinus camtu, salu sakit kat dahi dan rasa selesema sampai sakit satu badan. benda ni dah lama tak kena sejak saya amik alfalfa.
last week sy stop alfalfa sbb rashes tu, dermatologist suh stop semua jenis herbs termasuk alfalfa. warghh menderita daku sakit kepala, hidung berair, badan penat…
lalu saya amik semula start malam td sebab dah tak tahan (patut kene stop for a week). alhamdulillah hari ni dah OK sikit. kalo x duk rasa nk tido je. alfalfa… pelega ku”


Jika anda berminat nak dapatkan Alfalfa, boleh terus hubungi saya untuk lebih lanjut.
*Promosi bulan NOVEMBER 2012 - ALFALFA!* Dapatkan sekarang memang berbaloi-baloi... :) 



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Comments System