Showing posts with label multivitamin. Show all posts
Showing posts with label multivitamin. Show all posts

Thursday, 28 March 2019

Shaklee Membantu Kesuburan

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Ima nak share beberapa produk Shaklee yang membantu untuk tingkatkan kesuburan.

Antara ikhtiar yang kita boleh cuba dengan Shaklee:

Wanita
- GLA Complex
- Alfalfa Complex
- B-complex (Juga bagus diambil oleh lelaki)

Lelaki
- Zinc
- Vita-E

Ima akan ceritakan satu persatu produk ni dan terangkan secara ringkas bagaimana ia membantu dari segi meningkatkan kesuburan.



GLA Complex
- GLA adalah asid lemak penting Omega-6 yang digunakan oleh tubuh anda untuk menghasilkan prostaglandin – bahan yang membantu mengawal-atur pelbagai proses tubuh.
- Diperolehi daripada minyak borage, yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.
- Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.

Bagaimana GLA membantu kesuburan?
GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

Alfalfa Complex
- membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.
- Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah.

Bagaimana Alfalfa membantu kesuburan?
- Membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”.
- Membantu atasi masalah keputihan.
- Membantu kitaran haid yang tidak teratur.
- Membantu masalah senggugut.
- Membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).

B-Complex
- Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.
- Sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan Asid Folik lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan.
- Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.

Bagaimana B-Complex membantu kesuburan?
- B-complex paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon.
- Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
- Asid Folik membantu mengurangkan risiko kecacatan pada otak bayi & spinal cord.
- Asid Folik juga membantu untuk improve sperm count in men.

Zinc Plus
- zink terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia termasuk pencernaan protein, metabolisme asid amino, penghasilan tenaga, metabolisme tulang, penggunaan vitamin A, penghasilan hormon.
- Zink sangat penting dalam mengekalkan fungsi badan yang betul, menyokong pertumbuhan sel untuk rambut, kuku, kulit yang sihat mempromosikan kesihatan tubuh.
- Zink gluconate adalah salah satu bentuk zink chelated terbaik. Ia lebih mudah diserap oleh badan.

Bagaimana Zinc membantu kesuburan?
- Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif
- Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan (Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan.)
- Zinc mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility).
- Melindungi sperma anda dari serangan radikal bebas.
- Memastikan sperma sihat supaya mereka berenang ke arah yang betul.
- Mengekalkan paras testosteron yang sihat untuk penghasilan sperma yang sihat.
- Meningkatkan kekuatan otot.
- Meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel, tisu dan organ.
- Meningkatkan peredaran darah.

Vita-E Complex
- Vitamin E adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin E juga membantu mengekalkan sistem imun yang kuat.
- Satu kapsul menyediakan 400IU vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.
- 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.
- 39.4mg Ekstrak Biji Anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.



Sebagai tambahan, VitaLea juga amat digalakkan pengambilan untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata-rata pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea (multivitamin Shaklee) kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

Bagi mereka yang mempunyai kekangan masa dan sukar untuk menelan tablet, boleh cuba untuk ambil Vivix.

Vivix ni sangat powerful. Ia tak fokus hanya pada kesuburan, malah dapat membantu seluruh tubuh kita kerana ia seperti reset semula sel-sel kita untuk menjadi sihat secara optimum.
Vivix untuk kesihatan optimum yang dikira sebagai All-in-one!

Untuk ikhtiar kehamilan dengan Shaklee, boleh membuat pilihan mengikut kesesuaian. Kita usaha mudah-mudahan ada manfaat dan rezeki termakbul impian menimang cahaya mata. In shaa Allah..

Untuk pertanyaan dan berminat untuk pembelian, boleh terus hubungi Ima.
Ima akan guide cara pengambilan yang betul serta konsultasi lengkap dengan setiap pembelian.





Berminat untuk order dan pertanyaan lanjut, boleh terus whatsApp saya. ๐Ÿ˜‰
In shaa Allah saya sedia berikan guide serta consultation terbaik untuk anda. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’•
.
.
SID Zaimah Bakar
[889328]
๐Ÿ“ŒWhatsApp ke 017-226 9327, atau,
๐Ÿ“ŒComment DM/ PM, atau
๐Ÿ“Œ PM/ inbox FB: [KLIK SINI]

๐Ÿ“ŒKlik direct link (IG, link di bio. ๐Ÿ˜‰) www.wasap.my/60172269327/Shaklee

Thursday, 14 March 2019

Shaklee VitaLea Multivitamin Pertama

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

VitaLea adalah multivitamin dan mineral yang pertama di dunia.
Betul ke?

Betul lah...Tahun 1915!
Dah lebih 100 tahun pertama kali dicipta..

Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-Min". Perkataan VITAMIN yang kini digunakan asalnya dari Shaklee! 

Peningkatan teknologi telah ubah bentuknya dari cecair krpada bentuk tablet yang sekarang dikenali sebagai VitaLea.


Tablet HIJAU yang
easy-to-swallow! 

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan RDA.
Ia diformulakan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan Spirulina. Dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi, "Explo-Tabs". Apa tu?
Ia jadikan tablet muktivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan dalam badan kita.
Maka, mineral yang terkandung mudah menyerap oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambila VitaLea Shaklee secara konsisten selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%!

VitaLea versi terkini.
Diformulasikan dengan zat besi. 

Nanti saya akan kongsikan lagi manfaat VitaLea.

Terima kasih sudi baca.. 

Berminat untuk order dan pertanyaan lanjut, boleh terus whatsApp saya. ๐Ÿ˜‰
In shaa Allah saya sedia berikan guide serta consultation terbaik untuk anda. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’•
.
.
SID Zaimah Bakar
[889328]
๐Ÿ“ŒWhatsApp ke 017-226 9327, atau,
๐Ÿ“ŒComment DM/ PM, atau
๐Ÿ“Œ PM/ inbox FB: [KLIK SINI]

๐Ÿ“ŒKlik direct link (IG, link di bio. ๐Ÿ˜‰) www.wasap.my/60172269327/Shaklee

Friday, 26 September 2014

Anemia Semasa Hamil

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Anemia merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Anemia boleh dikesan dengan simptom-simptom seperti:
 pucat terutama di bibir dan kelopak mata 
 sering lesu dan mengantuk
 mudah berdebar-debar
 bentuk kuku berubah
 rambut mudah gugur atau putus
 kerap pening atau pitam

Anemia beri risiko kepada wanita hamil!
Anemia boleh menyebabkan tumpah darah/pendarahan semasa dan selepas bersalin, penyembuhan luka yang lambat, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian.
Malah anemia boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan.

Keperluan zat besi/iron pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan.
Ketika hamil, keperluan iron bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keeperluan zat besi untuk pertumbuhanan janinnya. 
Semasa proses kelahiran juga, ibu akan kehilangan banyak darah di mana ia boleh menyumbangkan kepada anemia. Oleh sebab itu, ibu hamil disarankan mengambil makanan yang tinggi iron dan nutrisi sebagai persiapan tubuh badan selepas bersalin juga.

Pemakanan tinggi iron seperti hati, daging merah, ikan, ayam, kerang dan sayuran hijau. 
Jika pengambilan iron dalam makanan tidak mencukupi, ibu boleh mendapatkannya dari sumber makanan tambahan yang selamat.

Vitalea Shaklee merupakan multivitamin yang direka khas 'with iron'. Ia sangat sesuai diambil oleh ibu hamil. Bagi ibu hamil yang mengalami anemia, cara pengambilan Vitalea yang sesuai in shaa Allah dapat membantu mengatasi masalah kekurangan zat besi.

Pengambilan iron dengan vitamin C dapat menggalakkan penyerapan iron dalam badan. Boleh diambil 2 jam sebelum atau 2 jam selepas makan.

Vitalea digalakkan diambil bersama vitamin C. Jus oren, Vita-C Shaklee, dll. :)
Harap info ini bermanfaat.

Jika berminat untuk order, boleh PM inbox/ whatsapp saya:


Zaimah Bakar
Shaklee ID: 889328
No. Fon: 017-226 9327
FB Page: Zaimah Bakar (Official)
PM/ inbox FB: [KLIK SINI]
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Boleh juga rujuk link ini untuk cadangan makanan anemia ketika hamil. [klik sini]

Thursday, 3 January 2013

Vita-Lea for Children

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Kali ni pula, nak cerita sikit secara ringkas tentang Multivitamin untuk kanak-kanak.

Tahukah Anda?
• Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
• Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
• Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
• Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara

Jadi..sebagai cadangan berikanlah multivitamin lengkap untuk anak anda yang berumur 4-12 tahun. Vita-Lea for Children memang terbaik dan dirumus khas untuk kanak-kanak.


Vitalea for Children:
• Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu 
• Sumber kalsium pembina tulang 
• Baik untuk kesihatan 
• Bekalan harian untuk vitamin B 

Kandungan nutrien daripada Vita-Lea for Children:

It's good. Natural fruity flavour, tiada perasa dan pewarna tiruan. Rasai perbezaannya sendiri ;)

P/s: Bagi kanak-kanak yang tak boleh tengok tablet2 atau pil2 ni, jangan risau. Ada juga pilihan Meal Shakes sebagai sumber Multivitamin mereka.

Vita-Lea for Chilren (65 tablets)
Retail Price: RM48.75
Harga Istimewa Saya: RM?? (hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa...hihi)

Berminat, boleh terus hubungi saya.. :)
PM/Email/SMS/Whatsapp sentiasa dialu-alukan.


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Tuesday, 13 November 2012

10 sebab kenapa perlu 1 biji multivitamin daily! :)



Bismillah.. As salam..~♥


10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari?
1 – Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
Dalam entri bahagian 1, aku berulangkali menyebut istilah ‘metabolik’ (metabolisma) dan ‘kuning telur’. Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.
Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru aku ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!
Pernah dengar ungkapan ini, “ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.
2 – Faktor sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.

3 – Termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.
4 – Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.
5 – Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.
6 – Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.
7 - Tabiat makan memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.

8 – Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.
9 – Harganya yang murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?
10 – Role Model kita
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”).

Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja!
Mereka yang belum pernah membeli Multivitamin ini, pasti akan bertanya soalan-soalan lazim ini:
Terdapat banyak produk-produk multivitamin yang terdapat di pasaran, namun bagaimana untuk memilih produk yang sesuai untuk kita?
Faktor harga dan kualiti? Macam mana nak tahu?
Jenis pil, cair, atau kapsul? Yang kotak atau yang dibotolkan? Status Halal sesebuah pil multivitamin?

credit: sususejat.com

Multivitamin pilihan ramai,Vita-Lea Iron Formula
Berminat? macam biasa la...PM/ inbox/ sms/ whatsapp/ viber saya... :)


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Wednesday, 7 November 2012

Vita-Lea Iron Formula

Bismillah.. As salam...

Ok..mari saya ceritakan tentang multivitamin pilihan ramai, Vita Lea Iron Formula.. :)



Vitalea, iaitu product pertama by Dr. forest C. shaklee.High potency formula that provides 23 essential vitamins and minerals at clinically proven levels. No more, no less, for optimal health. Plus, the patented Bioactivated Absorption System™ exclusive to Shaklee ensures enhanced absorption of folic acid, a critical component of complete nutrition..... 




What makes Vita-Lea the perfect Multi over leading brands? 349 Quality Tests are performed every time Vita-Lea is produced to guarantee purity and potency. Ideal for women of childbearing age and teenagers.

Oh ye.. tablet vitalea ni disaluti dgn serbuk nutrisi spirulina :)
Merupakan tablet multivitamin yang paling pantas terlarutdalam air dan tubuh badan..

Apakah kelebihan vitalea? 

Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Dikatakan 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Bermaksud, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 tabs vitalea ianya sama lah dengan hidangan 40 jenis lauk pauk. :)

Ada sesetengah doktor mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan multivtitamin saje sudah mencukupi bg mereka yang sihat. Namun pada saya jujurnya, keperluan B-Complex dan Vitamin C hari ini sangat penting seiring dengan pengambilan vitalea. 

Asasnya, semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya yang mengandungi 12 vit dan 7 galian utama banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak. Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka. Iron banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram. Namun terdapat banyak kekangan sekiranya kita hendak bergantung dengan sumber asli semata2. Apakah kekangan yang dimaksudkan? Harga kerang mahupun tiram lebih adalah mahal disesetengah tempat, sumbernya juga terhad...kelebihan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan perairan, bukan semua orang makan makanan laut..ianya menjadi terhad kepada mereka yang allergic kepada makanan laut. Kekangan ini membuatkan kita disaranankan menambah supplement dalam diet harian agar semua zat yang perlu diambil dapat disempurnakan. 

Berminat nak mencuba Vitalea Shaklee? Ia sangat berbaloi dan mampu dibeli.
Full pack Vitalea, 120 tablets (boleh bertahan sehingga 4 bulan! mmg jimat..)
Retail Price: RM88.75 (Hubungi sy untuk dapatkan harga istimewa, jauh lebih rendah dari RP!)
SMS/ Viber/ WhatsApp: 017-226 9327 (fast respon..insyaAllah)
Email: zaimah.bakar@yahoo.com


Comments System