Friday 22 February 2013

Sijil Halal Terbaru Shaklee 2013

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Produk Shaklee sememangnya menjadi pilihan kerana ia sumber semulajadi, selamat, berkesan dan ia HALAL juga. :)

Sijil Halal Shaklee adalah dari ISA, salah satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Untuk 2013, dah ada sijil halal yang terbaru.. Jadi, gunalah produk Shaklee tanpa was-was.

Moga ia bermanfaat untuk anda semua.. in shaa Allah. :)


Salam sayang ♥,


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Thursday 21 February 2013

OmegaGuard - Kenapa Minyak Ikan Terbaik Di Dunia?



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Shaklee Omegaguard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omegaguard mempunyai ketumpatan 3 kali ganda dari ketumpatan hati minyak ikan.

Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omegaguard merupakan minyak ikan palinh tulen di dunia yang mempunyai rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omegaguard dapat membekalkan 905mg sid lemak Omega 3, EPA dan DHA.

Kebanyakkan pengusaha2 kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omegaguard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulinganpropetiari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan yang paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

Apakah manfaat utama Omegaguard??

Asid lemak Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkn kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu rembesan protaglandin (bahan kimia di dalam badan dipanggil prostaglandin dirembeskan yang menghantar mesej "sakit") dengan lebih berkesan untuk menghalang proetetomegaly (is an increase in size of the prostate gland) dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos (male menopause). Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, memberikan kulit halus licin dan kemerah-merahan.

Mencegah penyakit saluran darah (kardiovaskular) dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis (the formation of a blood clot; darah beku), tekanan darah tinggi, kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal, ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah ateriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Bagi ibu menyusukan yang mengamalkan Omegaguard, susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan Omegaguard dapat membekalkan 905mh asid-asid lemak omega-3, DHA, EPA dan lain-lain lagi.

Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE, dan penyakit buah pinggang.

Menentang kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga meningkatkan enterogastritis, meransang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis). Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu tulang rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan. Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam kesihatan mental. Termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Kenapa ikan air laut dalam?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika telah menemui satu rahsia... Orang Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greendland, Denmark, yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka adalah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghidapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan:

Ikan air laut dalam mengandungi asid lemak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit yang berkesan.

Nak tahu lagi tentang OMEGAGUARD? Klik SINI :)

Berminat dengan Omegaguard si minyak ikan yang sangat berkualiti dan terbaik ni? Boleh terus hubungi saya untuk keterangan dan harga istimewa.

PM SMS CALL WHATSAPP


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Tuesday 19 February 2013

BAHAYA AIR MASAK pada BAYI 6 bulan ke bawah



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu di berikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan keburukannya..

Amalan ini telah di praktikkan sejak turun temurun di merata pelusuk dunia. Di Malaysia juga ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.

Tanpa ibu sedari pemberian air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi.

Antara lain, air merupakan salah satu anasir yang boleh:

1. Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. apabila perut bayi telah di penuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat di berikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. disamping itu kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran di kaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal

Menurut Pakar Laktasi dari Kanada Anne Kirkham pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang di serang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'Kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tak bermaya.

3. Mengancam nyawa.

Air boleh membawa kuman. ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak di titikberatkan. Pencemaran boleh berlaku dari sumber ynag tak selamat atau bekas air yang tak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang di hasilkan oleh susu ibu dan akan meyebabkan bayi kepada jangkitan.

4. Mengakibatkan Sawan tarik

Air sangat bahaya jika di berikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah,kembung atau sawan tarik. sindrom ni di panggil 'oral water intoxication'.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu di tambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.

Ada rakan yang bertanyakan.. "Jika baby yang diberi susu formula pun tak perlu diberi air masak ke? Kalau bancuh susu formula pun perlu gunakan air masak kan? Yang ni macam mana?"

Ok, jika baby terpaksa diberikan susu formula, susu memang sedia maklum perlu dibancuh dengan air masak yang bersih.
Ikut sukatan yang disyorkan dengan tepat. Ini dapat memastikan kuantiti air yang diperlukan oleh bayi sesuai dengannya.

Info dari Dr. Zubaidi:

"...ada kes bayi berumur 4 bulan mengalami sawan seterusnya koma apabila ibu yang menjaga bayi itu memberikan terlalu banyak air kepada bayi dalam bancuhan susu formula.
Apa yang berlaku ialah ibu bayi adalah seorang ibu tunggal yang kesempitan hidup, lalu cuba mencairkan susu formula yang diberikan dengan lebih banyak air dari kadar sukatan yang sepatutnya.
Setelah diberikan beberapa hari, bayi itu menunjukkan perubahan yang tidak baik seperti yidak aktif, menangis dengan suara perlahan dan selalu tidur. Tidak lama selepas itu bayi itu mengalami sawan dan megelurakan buih pada mulutnya. Apabila dibawa ke hospital, bayi itu sudah tidak sedarkan diri dan koma."



Jadi, berilah yang terbaik kepada anak-anak anda. Bayi kecil belum mampu berkata-kata jika ia tak gembira, tidak selesa atau sakit. Hanya tangisan yang kita dengar. Fahamilah keperluan si kecil anda.. :)










Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Monday 18 February 2013

Makanan Istimewa Untuk Pesakit Diabetis/ Kencing Manis



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Disebabkan ayah saya baru disahkan menghidapi Diabetis, maka sejak kebelakangan ni saya memang banyak mencari info yang berkenaan dengan diabetis/kencing manis ni. Kali ni, saya nak kongsikan makanan yang boleh dimasukkan dalam diet diabetis. Saya letak entry dalam blog ni juga supaya senang sebagai rujukan kelak. Terima kasih untuk beberapa info saya kongsikan juga dari Abam ming. :)

Makanan yang disenaraikan ni, boleh membantu pesakit kencing manis menjadi sihat, mengawal kadar gula dalam darah seperti normal. Tapi, makan perlu pantang (ikut diet yang betul untuk pesakit kencing manis). Kalau tak pantang, memang susah nak kawal kencing manis, dan penyakit lain mula datang mengundang.


Makan buah-buahan mentah (bukan jus!). Semua jenis buah limau sangat bagus untuk jantung.


Karela tinggi 'plan insulin'. Ia mampu merendahkan gula dalam darah.


Makan 3 atau 4 ulas bawang putih sehari, ia cukup bagus untuk kencing manis.


Dengan hanya minum separuh sudu teh sehari air kulit kayu manis mampu menurunkan tahap gula dalam darah kita. Ia juga bagus untuk turunkan tahap kolestrol.


Cendawan 'Maitake' juga cukup power untuk rendahkan tahap gula dalam darah pesakit diabetes.


Apa saja benda sayur hijau perlu dikunyah macam lauk jika kita mahu elakkan diabetes kelas 2.


Rebung buluh juga amat power untuk membekalkan tenaga tanpa lemak atau kolestrol


Strawberry atau apa-apa saja jenis 'berries' cukup bagus untuk cegah kanser, masalah jantung dan juga diabetes.


Makan dada ayam, bagus kerana kandungan lemaknya tepu rendah dan juga kalorinya juga rendah.


Ikan berlemak seperti Salmon, tuna, mackerel dll, yang banyak kandungan omega 3 bagus untuk kawalan kencing manis dan ia juga mampu selesaikan masalah arterie tersumbat.
Makanan tambahan Omegaguard (fish oil) dapat membantu untuk melengkapkan pengambilan omega-3.


Sayur Kacang boleh kawan kandungan gula dalam darah jika dikunyah setiap kali selepas makan berat.


Kacang bagus untuk jantung dan masalah insulin.


Rajin makan yogurt dan juga susu rendah lemak selain daripada baik untuk kencing manis ia juga boleh turunkan berat badan anda.



Roti jenis ini bagus untuk pesakit kencing manis (whole grain food).



Minyak zaitun boleh kasi kandungan gula dalam darah steady.

Untuk yang sihat juga, amalkan cara hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang ok.. :)

Berminat untuk dapatkan suplemen yang membantu anda untuk kekal sihat atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. ;)



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Thursday 14 February 2013

Hanya bermodalkan RM75?

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥


Anda ingin berniaga? Tapi...risau nak keluarkan modal yang banyak??
Nak berniaga apa yang berkualiti? Yang sentiasa ada permintaan?

SHAKLEE menawarkan peluang anda untuk memulakan perniagaan sendiri senrendah RM75 sahaja!
Ya..hanya RM75 membership for lifetime (ada kes yang free...beli Shaklee untuk diri dan family terus dengan nilai RM650 - macam2 boleh pilih, mmg best! lantas terus free membership ;p)
(Comel muka kanak-kanak tu..nak juga buat muka puas berjaya begitu dengan hasil usaha kita kan..hikhik)



Takut? Orang tak tahu tentang Shaklee?
Bila orang tak tahu, itu peluang terbesar anda (cabaran anda menghadapi dunia perniagaan juga).
Anda berperanan untuk kenalkan mereka semua dengan Shaklee, beri mereka merasai juga kehebatan Shaklee sendiri, bantu mereka menikmati kesihatan sebenar. ;)
Produk-produk Shaklee memang berkualiti. Ia selamat, berkesan dan diyakini lebih 50 tahun. Ramai yang gunakan Shaklee memang berpuas hati. Percayalah..saya sendiri dan keluarga juga memang berpuas hati dengan Shaklee. :)


Tak tahu apa-apa?
Ilmu..? Pengetahuan saya dan kami juga sebelum memulakan juga sedikit atau langsung tiada. Tapi, berbekalkan semangat dan kelebihan yang Allah kurniakan pada setiap manusia (akal, tenaga, masa, peluang dan segala nikmat), kita perlu gunakan apa yang ada untuk menambah ilmu. Keluarga Shaklee dari susur galur saya memang terbaik. Banyak sokongan dan dorongan, berkongsi ilmu, bertukar pendapat, salah satu medium maklumat yang tepat dan macam-macam lagi.. From Zero to HERO! :)


Susah tak?
Setiap perniagaan yang sebenar, ada cabarannya sendiri. Shaklee bukan jual angin atau harapan, tapi memnpunyai produk yang berkualiti dan ia benar-benar perniagaan sebenar! Berniaga dengan Shaklee, saya belajar banyak selok-belok perniagaan, pahir getir, kemanisan setiap hasil keringat. Saya bersyukur dengan perubahan yang ada pada diri saya dan juga perubahan dari dalam hati saya.

Apa yang penting, kita perlu sentiasa positif menghadapi cabaran! Jangan putus asa. Dengan usaha, doa, dan besabar, in shaa Allah rezeki dan kejayaan Allah akan kirimkan untuk anda.. :)


Bantuan?
Kami bagaikan satu keluarga, saling bantu membantu. Jika tak tahu, boleh terus bertanya..ramai rakan sepejuangan akan membantu. :)

Berminat?
Anda boleh hubungi saya untuk menyertai perniagaan Shaklee dengan kami. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk ajukan kepada mommy yang posing kat gambar bawah ni.. :)
-Zaimah Bakar 017-2269327-

Akhir entry kali ni:

وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا
وَتَرَى الْفُلْكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.
Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagisupaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur. 
[al-Nahl 16:14]


p/s: Allah beri kita peluang untuk berusaha mencari rezeki, gunakanlah peluang sebaik-baiknya...


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Monday 11 February 2013

Cantik bersama OMEGA-3

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Cantik bersama OMEGA-3? Semua nak cantik dan sihat kan.
Di disini, saya ringkaskan dan dipetik oleh Puteri Yusof.



a) minyak ikan boleh cegah kulit berkedut. kajian mendapati kandungan EPA dalam minyak ikan boleh mengekalkan keremajaan wajah. EPA berupaya memperbaiki wajah yang berkedut akibat sinar UV setiap hari. 

b) lemak omega-3 mengurangkan dan menyembuhkan kerengsaan kulit akibat jerawat, ataupun masalah psioriasis. 

c) minyak ikan dan jerawat. ada kajian mendapati orang- orang yang makan lebih banyak ikan dalam diet mereka tidak mengalami masalah jerawat yang serius. dan remaja yang banyak makan ikan juga tidak mengalami masalah jerawat yang serius ketika akil baligh seperti lazimnya. 

d) omega-3 dan eczema. walaupun eczema tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, omega-3 boleh mengurangkan simptom eczema dan mengawal supaya tidak menjadi serius

e) omega- 3 sangat baik untuk masalah kulit di kalangan warga emas dan mereka yang kekurangan zat makanan. 

f) omega-3 juga baik untuk masalah kulit yang kering kerana kandungan EPA boleh mengawalatur kandungan minyak dalam kulit.

sumber http://www.ascentahealth.com/health-science/science-articles/omega-3-fish-oil-and-skin-health

Omegaguard semestinya sumber Omega-3 terbaik, paling berkualiti, selamat dan keberkesannya terjamin.
Dapatkan omegaguard anda.. :)

PM SMS CALL WHATSAPP EMAIL mommies kat bawah ni utk lebih lanjut.. ;)


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Makanan Tambahan Sesuai untuk Kanak-kanak



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Ceria lihat kanak-kanak riang.. Berikan yang terbaik agar kanak-kanak ni terus riang.. :)
Apakah makanan tambahan Shaklee yang sesuai untuk kanak-kanak?

Mealshake, makanan tambahan tanpa ragu

Dengan kehidupan yang serba lincah, kanak-kanak tidak sentiasa mempunyai masa untuk makan dengan tertib. Oleh yang demikian, mereka memerlukan pilihan makanan segera tetapi berkhasiat – pilihan makanan rendah lemak seperti Meal Shakes®.

Ianya sangat hebat serta sangat mudah disediakan sebagai makanan tambahan ke dalam mana-mana makanan atau snek.

Meal Shakes® berperisa vanila diperkaya dengan 19 vitamin dan mineral, kaya dengan kalsium dan sumber protein yang sangat baik sebagai nutrien asas bagi perkembangan kanak-kanak serta remaja untuk sentiasa kekal kuat dan sihat.

Fakta ringkas Meal Shakes® Shaklee:

  • Menyediakan 35% atau lebih nilai harian yang diperlukan terdiri daripada 23 vitamin dan mineral penting 
  • Sumber penting bagi kandungan serat dan protein, serta mengandungi hanya 240 kalori bagi setiap hidangan apabila dicampur dengan susu rendah lemak 
  • Kaya dengan sumber kalsium 
  • Pilihan protein selain daripada soya 
  • Rendah kandungan Glisemik 
  • Sesuai bagi kanak-kanak umur setahun ke atas 



Vitalea for Child - Vitamin yang pasti digemari (Product Discontiued)

Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea® for Children Chewable disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C.

Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian!
Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat.

Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea® bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya!

Fakta ringkas Vita-Lea® for Children Chewable Shaklee:

  • Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak 
  • Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi 
  • Memberi 100% nilai harian vitamin C 
  • Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia. 
  • Berasaskan phytonutrien semulajadi 
  • Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti. 
  • Kaya dengan sumber nutrien antioksidan 
  • Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa berri 
  • Sesuai bagi kanak-kanak 4 tahun ke atas 



Omegaguard - Meningkatkan imunisasi dan perkembangan otak

OmegaGuard® Shaklee membekalkan spektrum penuh Omega-3 asid lemak gred farmaseutikal untuk menyokong kesihatan jantung, sendi dan otak. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan molekul berperingkat bagi mendapatkan potensi unggul asid lemak omega-3 termasuk EPA dan DHA.

Fakta ringkas OmegaGuard® Shaklee:

  • Mengandungi kesemua tujuh Omega-3 asid lemak, termasuk EPA dan DHA, dimana kajian menunjukkan ianya berupaya untuk: Mengurangkan risiko penyakit jantung, Mengekalkan tahap trigliserida yang sihat, Mengekalkan tekanan darah normal dan Menyokong kesihatan otak, kulit, mata dan sendi dan masalah selsema serta berkahak bagi kanak-kanak dan dewasa 
  • Mengandungi minyak ikan semulajadi yang berasal dari sumber ikan berhawa sejuk 
  • Memberikan lebih unsur EPA dan DHA berbanding jenama lain 
  • Bebas kolesterol 
  • Bersaiz kecil supaya lebih mudah ditelan 
  • Bebas Gluten 
  • Sesuai bagi bayi dalam kandungan (hihi..ibunya yang hamil la tolong makan kan :p), kanak- kanak pandai mengunyah, kanak-kanak sudah mula dengan solid food atau setahun ke atas.. :) 



Vitamin C - Fresh rasa lemon, tiada perasa dan pewarna tiruan

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.







Jadi, jika berminat boleh segera hubungi saya. :)


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Sunday 3 February 2013

Nak KURUS, tapi yang BAJET?

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Nak kurus..tapi nak yang sesuai dengan bajet..?

Boleh..Boleh.. jangan risau.. :)

Memang meletopS! tak membebankan dan memang best!
Tak perlu skip meal! Tak perlu diet melampau....~ :)

Detox...buang segala sisa toksik!
Sisa dinyahkan dengan lancar selesa...whoaaaa.. ;p
Bila sisa eeuwww tiada, bertambah mudah nutrien yang diperlukan nak meresap! :)
Badan sihat!

Lecithin..memecah lemak!
Lepak tepu, lemak kental, lemak degil!
Cairrr...nyahkan jua..muahahah.. :D

Berapa??
HANYA RM100!
rm100 je badan boleh rasa ringan..
rm100 je perut leh kempis..
rm100 je toksin semua hapus..
rm100 je kulit pn leh cantik sbb toksin takde..
rm100 je leh detox habis2an..
rm100 je leh bakar lemak..
rm100 je leh bakar kolestrol..
rm100 je u spend sebulan..
rm100 je u dpt 2 brg ni..
rm100 je u dh boleh turunkan berat..
rm100 je u tayah skip makan tp berat turun jgk..
rm100 je u rasa sgt aktif sbb bdn ringan..
rm100 je...takkan tak boleh utk tampil berkeyakinan..
rm100 je brg ni smpi ke muka pintu anda..

Kan kak nana kan?..hikhik.. :p

Berminat? Meh contact mommy bawah ni.. :)

p/s: apesal la taip entry over ceria hari ni..haha :p daku pun rasa pelik baca semula..haha :p Terlebih happy sebab semangat promo Omega kot! hikhik.. Eh, kalau korang nak power lagi, lecithin pun boleh tukar kepada Omegaguard, lebih power lebih berkesan! hanya tambah sikit je bajet bajet tu..syok! :)


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Omegaguard, EPA, DHA?

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Omega adalah Asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Tahukah anda bahawa masih banyak khasiat Omega3 yg kurang anda sedari! Teruskan membaca dan anda akan mendapati zat ini amat baik untuk kesihatan anda!

Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?

(banyaknya 'Tahukah anda'...haha. Sebab anda memang perlu tahu.. :p)

EPA MENCEGAH:
• Kanser
• Pembekuan Darah
• Pembekuan Lemak dalam Darah
• Kadar Kolestrol berlebihan
• Penyakit Jantung
• Tekanan Perasaan
• Tekanan Darah Tinggi

TUGAS DHA:
• Mencegah Radang Sendi
• Mencegah Asma
• Meningkatkan Daya Seks
• Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
• Mencegah Penyakit Kulit
• Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.

Sumber OMEGA3 ?
• Telur
• Ikan salmon
• Ikan Tuna
• Ikan sardin
• Ikan bilis
• Ikan makarel


Ultratulen & bergred Farmaseutikal?
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.




Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Saturday 2 February 2013

Siapa Yang Perlukan OMEGAGUARD?



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Promosi bulan Februari 2013 - Omegaguard! :)

"RM0.00 Shaklee: February2013 Product Promotion - OmegaGuard (Buy 6 Free 1). 
DN654 (WM) / DN672 (EM) / UV210. Place your order now!"

Memang tak rugi dengan Omegaguard ni.. Suplemen lengkap seawal dari dalam kandungan lagi.. ;)
Dari kanak-kanak, 1tahun + hingga yang dah berusia.



Siapa yang memerlukan OMEGAGUARD ni?

1) Ibu Hamil 
- Membantu perkembangan otak bayi, sistem saraf dan retina bayi dalam kandungan 
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang 
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran, kemurungan 
- Megawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik! :)

2) Ibu Menyusu 
- Menyalurkan Khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak 
- Perkembangan otak anak 
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

3) Kanak-Kanak 
- Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak 
- Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit, athma, eczema 
- Memperkuatkan sistem imunisasi badan

4) Mengalami masalah berat badan 
- Omega-3 meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan (sentiasa rasa lebih kenyang) 
- Mengawal kolestrol 
- Mencairkan lemak-lemak tepu

5) Mengalami masalah kesihatan 
- Batuk berkahak, selsema berterusan 
- Sakit-sakit sendi 
- Kolestrol tinggi 
- Stroke 
- Darah tinggi 
- Diabetis/ Kencing manis

Terlalu banyak fungsi untuk disenaraikan semua. Saya akan sambung lagi kemudian. Jika ada pertanyaan, jangan malu2, boleh hubungi saya juga.. ;)
Oh ye..dalam WHI TV3 yang lepas, Anuar Zain ada cakap dia ambil Fish Oil untuk mata, kulit, dll.. Betul la tu..hihi. Dan..Omegaguard pilihan fish oil terbaik.. :)

Berminat nak dapatkan Omegaguard anda? Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa... :)


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Comments System