Showing posts with label Kenali Produk. Show all posts
Showing posts with label Kenali Produk. Show all posts

Thursday, 26 September 2013

B-Complex fungsi ISTIMEWA, harga ISTIMEWA :)



As salammualaikum wbt.. :)

Nak kongsi lagi salah satu suplemen harus milik dan mampu milik dari shaklee. B-Complex! ;)

Kenapa harus milik?
Sebab terlalu banyak manfaatnya dan ia sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.
Secara ringkas antara kebaikkan B-Complex ni ialah:
* Menukar makanan kepada tenaga
* Melawan tekanan
* Membantu tumbesaran
* Merawat rambut gugur & beruban
* Baik untuk mata
* Mencegah anemia
* Meredakan senggugut
* Meredakan alahan
* Mengelakkan kulit sunburn
* Melancarkan peredaran darah
* Memperbaiki fungsi saraf
* dan banyakkk lagi..

Vitamin B-Complex Shaklee mengandungi semua jenis vitamin B yang lengkap diperlukan oleh tubuh kita. Semestinya sumber SEMULAJADI, SELAMAT, dan sangat BERKESAN. Sebab tu lah Shaklee dipercayai sehingga lebih dari 50 tahun!

Mampu milik ke?
Iye..betul! Harga bukan ahli ialah rm53.75. Satu botol mengandungi 120 tablets, sebotol ni boleh bertahan untuk 4 bulan! Jadi, bermakna sebulan hanya rm13.44 sahaja tau! Jimat dan berbaloi kan?
Nak tau lagi jimat dan berbaloi? Boleh dapatkan voucher diskaun yang istimewa pembelian dengan saya. Bagaimana?
SMS atau Whatsapp <web_healthybeauty> <voucher_bcom> <nama> <lokasi> KE 017-226 9327 

Sebarang order dan pertanyaan shaklee, hubungi saya
#ZaimahBakar
#shakleeDistributor anda.. :)

Wednesday, 13 March 2013

OsteMatrix antara sumber kalsium terbaik



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥



Sumber kalsium terbaik apabila kandungannya seimbang agar dapat memastikan kadar penyerapannya tidak kurang dari 99%. Ostematrix?? Ya..tepat sekali! Formulanya unik, dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi KALSIUM, MAGNESIUM, FOSFORUS, VITAMIN D, ZINK, KUPRUM, MANGANES dan BORON. Banyak kan? Semua nutrien tersenarai ni memang sepatutnya diambil bersama agar penyerapan yang baik dalam tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral (mesti khuatir jika berlaku endapan kalsium dalam tubuh kan..lain pula kesan buruknya. Contohnya batu karang!Tapi dengan kalsium Ostematrix shaklee, memang tak perlu risauuu! :))

Kajian telah membuktikan kalsium dapat meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. (setiap hari, wanita kehilangan kalsium lebih banyak dari lelaki.. Oleh sebab itu, ketumpatan tulang wanita lebih rendah..hihi. Sebab tu agaknya wanita lebih lemah dan kurang gagah dari lelaki. :p)

Apakah manfaat utama OsteMatrix?

1) Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/ kekejangan, gusi berdarah dan erasing darah yang memekat.

2) Memperbaiki kekejangan dan kebas - Pengambilan 600mg calcium sebelumtidur akin memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

3) Meringankan stress - kalsium membantu mengimbangi tekanan darah. Ia memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

3) Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg calcium dan magnesium serentak dapat meringankan senggugut dan membantu melancarkan pembuangan air kecil.

4) Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Kalsium juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.Tambahan pula, calcium membantu sel menyerap nutrien dan erasing detoksifikasi.

5) Memperbaiki hyperaktiviti perut dan sakit gastrik.

6) Vitamin D - mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Ia juga sangat penting kepada vegetarian, yang kurang terdedah kepada cahaya matahari, berusia melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak.

7) Magnesium - Ini adalah iron positif no. 2 terpenting dalam tubuh. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ia juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

8) Zink, Boron, Manganes, Kuprum - Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan arthritis.

Bagaimana memilih Suplemen Kalsium terbaik?
* Pilih produk yang ada VITAMIN D dan MAGNESIUM.
* Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
* Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses mineral.

Ostematrix dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Kandungannya lengkap dengan segala mineral dan vitamin yang diperlukan untuk diambil bersama dengan kalsium. Sebiji Ostematrix, mengandungi pelbagai manfaat. Tak perlu susah-susah beli dan telan asing-asing setiap suplemen KALSIUM, MAGNESIUM, FOSFORUS, VITAMIN D, ZINK, KUPRUM, MANGANES dan BORON, semua lengkap dalam satu botol Ostematrix! :)

Berminat? Hubungi saya untuk dapatkan Ostematrix anda dengan harga paling istimewa.



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Thursday, 21 February 2013

OmegaGuard - Kenapa Minyak Ikan Terbaik Di Dunia?



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Shaklee Omegaguard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omegaguard mempunyai ketumpatan 3 kali ganda dari ketumpatan hati minyak ikan.

Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omegaguard merupakan minyak ikan palinh tulen di dunia yang mempunyai rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omegaguard dapat membekalkan 905mg sid lemak Omega 3, EPA dan DHA.

Kebanyakkan pengusaha2 kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omegaguard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulinganpropetiari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan yang paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

Apakah manfaat utama Omegaguard??

Asid lemak Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkn kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu rembesan protaglandin (bahan kimia di dalam badan dipanggil prostaglandin dirembeskan yang menghantar mesej "sakit") dengan lebih berkesan untuk menghalang proetetomegaly (is an increase in size of the prostate gland) dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos (male menopause). Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, memberikan kulit halus licin dan kemerah-merahan.

Mencegah penyakit saluran darah (kardiovaskular) dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis (the formation of a blood clot; darah beku), tekanan darah tinggi, kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal, ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah ateriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Bagi ibu menyusukan yang mengamalkan Omegaguard, susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan Omegaguard dapat membekalkan 905mh asid-asid lemak omega-3, DHA, EPA dan lain-lain lagi.

Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE, dan penyakit buah pinggang.

Menentang kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga meningkatkan enterogastritis, meransang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis). Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu tulang rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan. Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam kesihatan mental. Termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Kenapa ikan air laut dalam?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika telah menemui satu rahsia... Orang Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greendland, Denmark, yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka adalah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghidapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan:

Ikan air laut dalam mengandungi asid lemak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit yang berkesan.

Nak tahu lagi tentang OMEGAGUARD? Klik SINI :)

Berminat dengan Omegaguard si minyak ikan yang sangat berkualiti dan terbaik ni? Boleh terus hubungi saya untuk keterangan dan harga istimewa.

PM SMS CALL WHATSAPP


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Sunday, 30 December 2012

B Complex yang perfect! :)

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

 Tanda - tanda Kekurangan B Complex 
• Depresi
• Murung
• Insomnia
• Kurang selera makan
• Sembelit
• Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
• Kurang konsentrasi
• Mudah tersinggung
• Melemahkan sistem saraf
• Mengganggu fungsi otak
• Pembentukan abnormal sel.
• Kurang konsentrasi

KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM 
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir. 
2. Mengelakkan penyakit beri-beri. 
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak. 
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut. 
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf. 
6. Mencegah stress. 
7. Menguatkan antibodi tubuh. 
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik. 
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino. 
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah. 
11. Mencegah anemia. 

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK 
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA 
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG 
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

B Complex pilihan saya mestilah B Complex Shaklee... :)
Kenapa B Complex Shaklee?? Sebab B Complex Shaklee ni ada kesemua 8 ahli B Complex. Tak percaya, jom tengok label B Complex Shaklee. ;)

Yang paling besttt... B Complex Shaklee mengandungi asid folik dan biotin. Kedua-dua ini merupakan vitamin B yang paling mahal dan selalunya tidak dibekalkan dengan secukupnya. Jom check label pada botol B Complex anda samada ianya mengandungi biotin dan asid folik atau tidak... Sharing is caring!

Berminat, boleh hubungi saya. PM, email, SMS, Whatsaap :)


Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

Comments System