Showing posts with label Shaklee Skin Care. Show all posts
Showing posts with label Shaklee Skin Care. Show all posts

Saturday, 5 December 2020

PROMOSI: YOUTH Powerful Duos untuk Bulan Disember 2020


Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥ 

Inilah masa yang sesuai buat anda yang nak cuba set skincare yang organik dari Shaklee dan dalam masa yang sama dapat pelbagai penjimatan yang lain.

Set promosi YOUTH kali ini, gabungan set dengan pembelian Cleanser je! 
Wow kan?

Untuk pengetahuan semua, Youth Luminous Gel Oil Cleanser memang HOT ITEM.
Item paling basic yang ramai dah cuba dan terus jatuh cinta.

Mana tidaknya, lepas cuci muka terus rasa best. Kulit lembut, asyik rasa nak sentuh je pipi lepas cuci tu! Serius tak tipu..



Kat Shaklee, cleanser ni antara cepat sold out. Kali ni, Shaklee bawa masuk banyakkk stok cleanser YOUTH ni nak bagi cukup untuk semua (harap-harap sangat cukuplah, bagi anda yang berhajat kena cepat grab tau!)

Ok, berbalik pada promosi. Ada beberapa jenis gabungan set yang melayakkan anda untuk dapat nikmati FREE SHIPPING dan FREEGIFT!

Jom kita tengok satu-satu! 

1) YOUTH Hydrate Duo




Dalam set hydrate ni, ada Cleanser & Toner.

Luminous Gel Oil Cleanser,
✅ Membersihkan kulit secara menyeluruh ke dalam kulit.
✅ Menjadikan kulit lebih halus secara lembut melalui exfoliation.

Perfecting Skin Toner,
✅ Menyingkirkan dan membersihkan kulit daripada sel-sel kulit mati dan bahan-bahan pencemaran yang ada pada kulit.
✅ Menghidratkan kulit dan mengecilkan pori.
✅ Membekalkan nutrisi supaya kulit jadi lebih berseri-seri.


2) YOUTH Moisturizing Duo (Day)



Dalam set moisturizing (day) ni, terdiri daripada Cleanser & Moisture Lock Cream.

Luminous Gel Oil Cleanser,
✅ Membersihkan kulit secara menyeluruh ke dalam kulit.
✅ Menjadikan kulit lebih halus secara lembut melalui exfoliation.

Moisture Lock Day Cream,
✅ Pelembab yang menyegarkan kulit.
✅ Mengekalkan hidrasi  dan melindungi kulit dari kehilangan kelembapan bagi menghasilkan kulit yang licin, gebu dan lembut.


3) YOUTH Moisturizing Duo (Night Light)



Dalam set moisturizing (night) yang ni, ada Cleanser & Night Cream (Light).

Luminous Gel Oil Cleanser,
✅ Membersihkan kulit secara menyeluruh ke dalam kulit.
✅ Menjadikan kulit lebih halus secara lembut melalui exfoliation.

Advance Renewal Night Cream - Light,
✅ Menggalakkan pembaharuan sel kulit semasa tidur.
✅ Membantu meransang penghasilan kolagen dan elastin.


4) YOUTH Moisturizing Duo (Night Light)



Dalam set moisturizing (night) yang ni, ada Cleanser & Night Cream (Light).

Luminous Gel Oil Cleanser,
✅ Membersihkan kulit secara menyeluruh ke dalam kulit.
✅ Menjadikan kulit lebih halus secara lembut melalui exfoliation.

Advance Renewal Night Cream - Rich,
✅ Krim yang diformulasi dari Shea Butter dan jojoba yang menggalakkan hidrasi kulit mendalam dan melembutkan kulit.
✅ Algae Marin yang kaya dengan vitamin dan antioksidan, membantu pembaharuan sel kulit secara menual sewaktu tidur.


5) YOUTH Protect Duo


Dalam set protect ni, terdiri daripada Cleanser dan SPF50.

Luminous Gel Oil Cleanser,
✅ Membersihkan kulit secara menyeluruh ke dalam kulit.
✅ Menjadikan kulit lebih halus secara lembut melalui exfoliation.

Age Defense Moisturizer - SPF50
✅ Melindungi kulit daripada sinaran matahari.
✅ Melindungi kulit muka dan menjadikan kulit muka lebih glowing secara natural.
✅ Memperbaiki tona kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata.


6) YOUTH Revive Duo


Dalam set revive ni, terdiri daripada Cleanse dan Serum.
*Set gabungan ini, layak untuk dapatkan FREE Shaklee Membership.

Luminous Gel Oil Cleanser,
✅ Membersihkan kulit secara menyeluruh ke dalam kulit.
✅ Menjadikan kulit lebih halus secara lembut melalui exfoliation.

Activating Serum,
✅ Memperbaiki dan membina semula sel-sel kulit.
✅ Menggalakkan penghasilan collagen dan pembaharuan pada peringkat sel yang menjadikan kulit lebih muda dan berseri-seri.


7) YOUTH Radiant Duo


Dalam set ni terdiri daripada Cleanser dan Radiance C+E.
*Set gabungan ini, layak untuk dapatkan FREE Shaklee Membership.

Luminous Gel Oil Cleanser,
✅ Membersihkan kulit secara menyeluruh ke dalam kulit.
✅ Menjadikan kulit lebih halus secara lembut melalui exfoliation.

Radiance C+E,
✅ Menggebukan, mencerahkan dan mengurangkan garisan halus, kedutan dan pigmentation.
✅ Menambahbaik struktur kulit serta menyekatakan tona kulit wajah. 


8) YOUTH Eye Firming Duo

Dalam set ini terdiri daripada Cleanser dan Eye Treatment.

Luminous Gel Oil Cleanser,
✅ Membersihkan kulit secara menyeluruh ke dalam kulit.
✅ Menjadikan kulit lebih halus secara lembut melalui exfoliation.

Restoring Eye Treatment,
✅ Mengandungi Peptide Blend unik yang dibuktikan dalam kajian klinikal dapat mengurangkan penampilan garis serta kedutan di kawasan sekeliling mata dan kedutan di sisi luat lipatan mata (crow's feet) dalam tempoh masa seawal 7 hari. 
✅ Mempunyai cooling tip unik yang menyegarkan dan memberikan tenaga di kawasan mata dengan urutan lembut.


Berminat untuk order dan pertanyaan lanjut, boleh terus whatsApp saya. ๐Ÿ˜‰
In shaa Allah saya sedia berikan guide serta consultation terbaik untuk anda. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’•



SID Zaimah Bakar
[889328]
๐Ÿ“ŒWhatsApp ke 017-226 9327, atau,
๐Ÿ“ŒComment DM/ PM, atau
๐Ÿ“Œ PM/ inbox FB: [KLIK SINI]
๐Ÿ“ŒKlik WhatsApp direct link:

Friday, 7 November 2014

Pencuci Muka Nutriwhite yang BEST

Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

Kali ni nak share pengalaman menggunakan pencuci muka dari Shaklee, Nutriwhite. Bila dah guna, boleh la saya buat review Gentle Deep Cleansing Nutriwhite ni. 



Saya start guna pencuci muka Nutriwhite sejak Februari 2014. Sekarang dah 9 bulan! Ada lagi sikit-sikit...dan saya guna pun share dengan my hubby. :) Jimatttt sangat kan? 

Tiub besar..pakai sikit je dah memadai. Bersih! Pencuci muka Nutriwhite jenis foaming, bukan gel. Banyak buih. Jadi, memang rasa bersihhh lembut je lepas cuci. Ada orang kata yang banyak buih tu lagi buat kulit kering kan? Tapi Nutriwhite tak mengeringkan, malah buat kulit korang rasa lembab dan gebu je..gebu la sangat kan. haha..

Nutriwhite ni guna tumbuh-tumbuhan semulajadi sebagai bahan aktif. Takde bahan pengawet merbahaya tu, TIADA PARABEN. :)

Memang selamat... Saya start guna ni masa awal pregnancy. Masa tu jerawat memang berlumba-lumba naik kat muka. Jerawat kecil (jerawat pasir orang kata) yang besar gajah pun banyak. Padahal saya jenis susah nak naik jerawat sejak mengamalkan pengambilan vitamin C Shaklee dan beberapa suplemen Shaklee yang lain. Mungkin perubahan hormon mempengaruhi masalah jerawat. Selepas kurang dari seminggu saya gunakan pencuci Nutriwhite, jerawat mula kecut dan yang kecil-kecil pun semakin hilang. Alhamdulillah sangat! :) Masa pregnant kan kita kalau boleh elakkan penggunaan kosmetik dan sebarang yang mengandungi bahan kimia kan? Jadi, pakai Nutriwhite memang tak risau dah. Gerenti selamat tauu.. :)

Saya sangat happy bila gunakan Nutriwhite. Pencuci muka yang lain memang tak pandang dah. Free sample ke..stok lama ke, semua dah tak layan..haha. 

Dulu, muka saya kering di bahagian tepi-tepi hidung. Kadang tiba masa memang mengelupas sampai merah-merah bersisik. Tapi, selepas gunakan Nutriwhite, memang tak pernah langsung jadi macam tu semula.. Ya Allah...serius memang sangat bersyukur. Selama ni punya la serabut tengok kering-kering kat muka, sebab bila nak pakai bedak mesti kat bahagian kering tu nampak bercapuk dan lagi teruk. Actually saya bukan jenis nak pakai cream ke..foundation ke..bedak compact ke.. Tapi kadang-kadang ada juga tergerak nak pakai touch up sikit kalau ada majlis-majlis gitu kan..hahah. Sekarang ni memang tak pakai apa pun kalau keluar. Lebih selesa. Poket pun selamat tak payah nak beli mekap-mekap yang banyak.. :)

Tona kulit saya memang tak sekata. Sejak kecil lagi.. Semua tempat. Hidung, bawah mata.. Tapi lepas pakai Nutriwhite, rasa much much better! Ni baru start pakai pencuci je..Kalau pakai complete set Nutriwhite, mesti lagi besttttt kan? ;)

Parut? Haaa..kan saya cakap masa sebelum start guna Nutriwhite saya ada jerawat pasir dan jerawat GAJAH kan..haha. Mesti la ada parut! Iye..parut yang banyak. Tapi under control lagi. Maybe sebab saya consume ESP Shaklee, sel kulit muka cepat berganti yang baru. Dalam masa yang sama, pencuci ni juga membantu menanggalkan sel-sel kulit mati yang berparut tu. Yeay! alhamdulillah...

Kutil? Errr...lebihan kulit. Err..biji kolestrol. Apa lagi orang panggil ye? Saya ada tauuu..Wuwuwuwu...  Sejak umur semakin meningkat ni, semakin menjadi-jadi pula. Tu la, zaman dulu-dulu suka sangat makan kulit ayam! habis lemak terkumpul.. sekarang dah insapppp..
Yang bestnya, saya rasa ia tak bertambah lagi! Yang lama pun semakin tanggal.. EH? boleh tanggal ke?hahaha.. Saya kuis-kuis sikit je, tapi ia gugur. Wakakaka.. nangis gembira. Yang ni tak tau sebab Nutriwhite atau suplemen Shaklee yang mana satu. Tapi, selama seumur hidup, ia tak pernah tanggal sendiri okeh. SO, yang ni je pun saya sangat teruja... Alhamdulillah..syukur pada Allah. Sesungguhnya dengan izinNya jua.

Tahi lalat? Wahwahwah.. yang ni tak boleh buat apa. Kalau korang rajin nak kira tahi lalat saya, berpinau juga mata tu nanti..hakhakhak.. :D Well, its ok. Maybe genetik saya memang begini. 

Ok, sekian. Nanti saya bagi info detail tentang kandungan Nutriwhite. Memang best!
Ni dah tinggal sikit, rasa takmo tukar kepada pencuci muka yang lain.

Berminat, boleh Whatsapp saya. Zaimah Bakar 017-2269327.


Zaimah Bakar
Shaklee ID: 889328
No. Fon: 017-226 9327
FB Page: Zaimah Bakar (Official)
PM/ inbox FB: [KLIK SINI]
Email: zaimah.bakar@yahoo.com


Comments System