Friday, 14 December 2012

Nak Slim Sangat? Jauhi "FAD DIET"!



Bismillah.. Assalammualaikum w.b.t..~♥

"No, thank you. I am on a diet la today."

Jauhi "Fad Diets"
Walaupun anda merancang untuk menurunkan berat badan, anda masih perlu makan dan minum. Ini kerana, makanan tersebut akan membekalkan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan fungsi tubuh. Tubuh anda seperti sebuah kereta di mana ia memerlukan tenaga untuk bergerak. Maka, adalah penting untuk pastikan anda praktiskan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Apakah maksud "Fad Diets"? "Fad Diets" membawa maksud program penurunan berat badan yang dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan melalui kombinasi makanan tertentu. Kini, amalan diet ini semakin popular kerana hasil penurunan berat badan yang cepat dapat dilihat dalam masa yang singkat.

Tetapi, adakah anda tahu apa yang menyumbang kepada penurunan tersebut?

Anda sebenarnya mengalami kehilangan air, bukan lemak tubuh. Ini merupakan penyebab di mana apabila anda berhenti mengamalkan diet tersebut, berat badan anda bertambah dengan pantas. Ketika ini, tubuh anda mula mengimbangi kandungan air tubuh.

Selalunya, amalan diet ini menghadkan pemilihan jenis makanan atau hanya menggalakkan pengambilan makanan tertentu sahaja. Ini boleh menyebabkan berlakunya kekurangan nutrisi yang menyumbang kepada anemia atau malnutrisi. Contohnya, diet tinggi protein, rendah karbohidrat seperti Atkins Diets adalah rendah dalam kandungan fiber, vitamin dan minerals seperti vitamin D, kalsium dan potassium.

Makan dengan betul dan bersenam! Tiada istilah yang merujuk sama ada sesuatu makanan itu baik atau tidak baik. Semuanya bergantung kepada amalan pemakanan, apa dan bagaimana anda makan. Amalkan kesederhanaan dan kepelbagaian pada setiap waktu makan. Kedua-duanya adalah kunci kepada amalan pemakanan sihat untuk jangka masa panjang. Bagi menurunkan berat badan dan mengekalkannya, adalah penting untuk imbangi pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal (asas penting dalam perancangan diet). Sertakan aktiviti fizikal yang anda sukai untuk sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Info credit

Pemilihan makanan tambahan yang betul juga membantu proses diet dengan cara yang betul. Ketahui fungsi makanan tambahan yang anda ambil..jangan ambil sebarangan, takut takut memudaratkan diri sendiri. Shaklee pilihan terbaik, ia semulajadi, selamat, berkesan dan halal juga.. :)
Klik SINI untuk ketahui info makanan tambahan Shaklee yang dapat membantu anda dalam berdiet yang sihat dan berkesan.



Zaimah Bakar
Shaklee Independent Distributor
ID: 889328
Hp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

No comments:

Comments System