Tuesday, 28 October 2014

Jeruk Sihat

As salammualaikum wbt.. :)

Entry kali ni takde kena mengena dengan produk shaklee. Takpelah kan, kita santai-santai je asalkan masih story in healthy topic. 

Sekarang macam trend terkini masih dengan jeruk mangga asam boi kan? Alaaa..jeruk mangga muda yang letak asam boi dengan cili tu. Selalu keluar kat news feed facebook. Hihihi.. Kadang terasa kecur juga air liur. 

Teringin.. Tapi..saya tak dibiasakan makan jeruk-jeruk ni sejak kecil. Lagipun agak tinggi kandungan gula garam..malahan yang ni letak asam boi. 

Jadi, bagaimana nak mengatasi ketagihan nak merasa juga rasa ala ala jeruk ni????

Jeruk Sihat Epal Masam Manis Masin Fresh! -bukan main panjang nama diberi. :p

Resepi: (portion testing saya untuk eksperiment)
2 biji epal hijau
Hirisan lemon
2 sudu kecil brown sugar
1/2 sudu kecil garam bukit
-cili padi jika mahu

Potong buah, gaul rata. Biar dalam peti. Makanlah bila suka. Hihiiihi.. :)



Satu potion lagi tak letak cili. Untuk anak-anak.


Best kan? Mungkin tak lah sama mcm jeruk asam boi..ala-ala je..haha. Sambil snek, sambil sihat. 
Live your life healthier way! ;)

Selamat mencuba...

1 comment:

ZaimahBakar said...

Brown sugar n garam bukit tu uols adjust ikut kesesuaian la ye. Yg ni saya ikut rasa sesedap tekak. ;p Minimize lah selagi boleh tau..

Comments System